Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos, Merdeka!

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia!



Google
  

Heeeee. Kenapa aku bersemangat nak tambah satu Malaysia ni? :P Mestilah kena ada. InsyaAllah, untuk entri akan datang aku masukkan satu Malaysia. :)


Mari, aku ada sajak. :)

Malaysia, tanah airku yang indah,
Penuh dengan sejarah,
Bebas dari penjajah,
Pada tahun 1957.

Malaysia, tanah airku yang gemilang,
Rakyatnya yang cemerlang,
Kaumnya yang berbilang,
Bersatu padu membangun negara terbilang.
Hehe. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada hari ini [31 Ogos 2010]. Satu Malaysia Menjana Transformasi!

Ahad, 8 Ogos 2010

Apabila Farahani Berada Di Atas Pentas...

Assalamualaikum w.b.t,

 Yayy!!

Hello back dear readers!

Seriously, I miss to write an entry. OMG it sooo long that I took holiday for doing entries. Waaaaa. :'(

Okey, okey. Stop writting in English. Let's continue in Bahasa Melayu. Agagaga. Cewahh, speaking pulakk budak ni. Wakaka. Btw, macam mana dengan blog sekarang? Yeah, berwajah baru! I loikkee. Muehehe.


Aku banyak mengambil masa untuk edit blog ni. Alahh, korang faham-faham jelah. Aku ni malas sikit nak edit blog dan buat entri. Sikitt je. Tak banyak :P Keh keh. Mungkin ada lagi sikit-skit nak tambah sebab aku tak puas hati lagi T__T 

Dah, mari kita tukar topik ke rencana yang utama. Bahasa skema. Alah alahai. Farahani tetap budak skema walaupun tidak berkaca mata. Ohhh~ Kaca mata ku merindui muuu lalalaa T____T


Yah, buat minggu ni aku jadi Tuan Pengerusi Majlis untuk perhimpunan sekolah aku. Sepatutnya minggu lepas. Tapi sebab hujan *hore!, maka tak jadilah. Malangnya, minggu ni tak hujan pulakk. Aisehh.=/

Tuan Pengerusi Majlis tu akan pakai berlainan daripada yang lain iaitu kot. Ada sorang kakak tahun 6 tu dia tolong aku carikan guru. Kakak tu pun pakai kot. Ketua murid, pengawas yang mengetuai murid dalam nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah, pengawas yang membacakan doa. Semua pakai.

Satu-satunya perasaan yang ada dalam diri aku masa tu ialah NERVOUS. Memang aku akan tanya kakak tu macam-macam soalan sebelum aku kaku atas pentas. Tangan aku dah sejuk dahh. Al-maklumlah, inikan first time aku jadi Tuan Pengerusi Majlis. Lepastu, ada kawan aku kata, "Farahani, kau menggigil eh? Aku nampak kertas yang kau pegang menggigil." Memang lahh. Sikit lagi kertas tu nak jatuh tahu.

Masa aku cakap, mulut aku laju je baca satu per satu perkataan dalam kertas tu. Peluh dingin dahh. Nasib baik pendek-pendek jea ayat kecuali perenggan pertama. Kalau lama-lama, mahunya aku jatuh terjelepok atas pentas tu. Tapi, kalau dah lamaaaaa sikit, jadi tak gementar sangatlah. :D Kalau boleh, mahunya aku nyanyi jea guna microphone dekat atas pentas. Pernah satu kali ada peluang, tapi suara aku tak keluar kuat. Aiyoyoyoyoo. Sedih woooo.


Apalagi eyhh...? Aku ingatkan nak berhenti duluu. Heyya, before that, here:




Back for blogging! ♥