Ahad, 26 Disember 2010

Jom Berkenalan Dengan Saya :D

Assalamualaikum w.b.t,

Aku dah ditag oleh Kak Ikhma :) Ahahaha. Thanks yea kak! Kebetulan, tengah rajin nak update xD Heeeee~


Apakah status anda? (single, berpunya, berkahwin, bercerai.) Ceritakan sedikit.

Status saya : Single. Hehe.

Ceritakan tentang diri anda.

Hai :) Nama saya Nur Farahani dan saya berumur sebelas tahun. Saya seorang yang suka akan warna hijau dan biru. Saya seorang yang sangat menyukai coklat ^_^ Saya seorang yang simple dan saya akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. :] Dan, salam perkenalan dari saya :D Have a nice day ^_^ 

Ceritakan tentang blog anda.

Blog saya telah mula dibuat pada tahun 2009. Bulan Mac, pada tarikh 8 Mac. Lagi 5 hari nak birthday saya :P Bhahahaha. Saya suka merapu, membebel tak tentu hala dekat sini. Dan, blog saya biasa-biasa saja :]

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Cehh, hehehe. Pandangan saya? Hmm, pada pandangan saya dunia blog ini sangat menyeronokkan. Sebab dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain, dan dapat hias blog guna kreativiti sendiri dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan blogger baru ;D

Nasihat anda kepada rakan2 yang nak wat blog.

Nasihat saya, pertama sekali, jangan berputus asa ^^ Dan, jangan lupa untuk mencuba tutorial-tutorial mengedit blog oleh rakan-rakan blogger :] Kalau korang telah mencuba, insyaAllah, lama-kelamaan korang pasti boleh :) Hehehe. :D

Nyatakan keunikan pada blog anda.

Heee, entahlah. Korang?~ :D

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Err, tak tahu. Hehehe. Kalau tanya fasal impian, hehehe, part tu saya blur sikit xO

Tag 4 orang.

Nadrah
Nabilah
MeZ
Awak ! x]

Ahahaha, siap sudah. :D Btw, siapa perasan aku guna bahasa skema di situ? =b Hahaha.

Khamis, 9 Disember 2010

Short Entry.

Assalamualaikum w.b.t,

Weeewiiiittt. Lama gila budak kecik ni tak update. Ha-ha-ha.

Takpaa, aku dah update kan. Jom ushaaaaa ♥

Hihihi (gelak annoy). Aku tahu blog aku tak siap sepenuhnya. Yeah, rite. Tapi sikit je la. :) Aku pun dah tak sabar nak blogwalking nieh. Hehehe. Tapi, tunggu lah. Maybe, aku akan update another one post tapi taktahu bila. Dan pastinya ia berkaitan contest. Nak tahu? Nantikannya x) Hohohoh.

Lamaa kan aku tak buat tutorial? Yang ada, tutorial Banner dengan Double Line jee. Hehe, okey lah. InsyaAllah, nanti aku tambah tutorial. :D

La-la-la-la-la --' Hahaha. Buat pengunjung blog ni, terima kasih sebab follow and jenguk.

Hehehe. Post pendek je. Nantikan post baru, insyaAllah hari ni. ;)

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kenapa Saya Private Blog,

Assalamualaikum w.b.t,

Hai rakan-rakannnnn. Hohohoo.



Lama betul aku memprivatekan blog. Kenapa saya private blog?
  • Mengedit blog :)
  • Lama tak update.
  • Peperiksaan akhir tahun menjelma.

Tiga sebab aje? Haah haahh. Tiga sebab sebab dah tak ada sebab lain T__T (Banyaknya sebab disitu uhuk)

Jadi, aku nak minta maaf sangatsangatsangatsangatsangat lah sebab lama memprivatekan blog kerana sebab di atas. Hadui, ni pun niat nak private lagi lama tapi, biarlah kita unprivatekan sekejap. Ni pun tak edit lagi ni. HEHE buat yang macam ni jelah. Lepas exam, nanti aku aku sambung edit blog. ;)

Sekolah kebangsaan dan sekolah agama start peperiksaan akhir tahun minggu hadapan. Hari Isnin dah mula exam.Wow, sama tarikhh.

Kalau ikutkan, aku nak luahkan apa yang dah berlaku sebelum ni, Hari Kanak-Kanak, hari Raya. Sekali Jamuan akhir tahun. Tunggu selepas peperiksaan akhir tahun. Tunggu lah ye. 

Jadi, aku nak ucapkan semoga berjaya, semoga dapat markah yang cemerlang okay. Apepun, buat yang terbaik. Usaha dan tawakal. Hohoh =)

Jumaat, 17 September 2010

Aku Maluuu !

Assalamualaikum w.b.t,


Wehh, semenjak raya ni, aku memang malas nak update. Kalau nak update, mesti dekat facebook. Aku sebenarnye nak update tapi, ehem. Korang faham-faham jelah. Huk huk.

Dah masuk blog Kak I ni, tup-tup, dia dah update fasal AKU MALUUU. Ya, dari situ aku tahu contest Aku Maluuu tu. Bila baca tajuk entri tu, teringat masa ujian bulan puasa.

Okey, dekat sini aku nak ceritakan. Satu pengalaman aje memandangkan hanya itulahh yang dapat aku flashback balik. Boleh tak Kak Kila? Boleh ke tak? Boleh ke tak? Boleh ke tak? :P

Situasi pertama, masa ni ada dekat kelas, bulan puasa, hari ujian, habis kertas satu punya ujian. Memang semua bebaslah kan buat kerja sendiri. Cuma cikgu warning awal-awal jangan bising melampau-lampau.

Selain menge-check kertas ujian sesama rakan sebelah, aku pulak boring. -.- Memang tak suka betul boring-boring ni. Heh. Aku pun fikir lah, "Ingatkan nak pinjam buku cerita la. Boring meluap-luap ni. Nak ajak chatting orang sebelah pun, entahnya. Hilang kemana." Bebel aku dalam hati lah. Terus ternampak buku cerita yang memang tiba-tiba memikat aje hati ni. Teruslah mintak pinjam.

Ontheway nak balik ni, muncul pulak kawan nak mintak tunjuk barang kesukaan dia la apa lah. Sebelah aje. Entah muncul dari mana pun aku tak tahu. Dan tak ingin ambil tahu. Agak lamalah jugak aku dok berdiri sebelah dia sambil tangan dah start pegang buku tak sabar nak baca. Lepas tu, guru kelas aku datang, mungkin nak bincang something. Semua duduk, steady nak dengar apa guru kelas aku nak cakap kecuali aku.

Lepas tu, guru kelas aku ni cakap, "Farahani, duduk," Aku pun tersentaklah, ingatkan guru kelas aku panggil aku. Untuk pengetahuan korang, masa tu telinga aku agak sound trouble sebab termasuk air beberapa hari yang lepas sebelum puasa. Jadi aku kedepanlah nak dengar apa arahan cikgu. Mana tahu guru kelas aku tu mintak tolong ke apa.

Bila dah sekerat jalan aje, guru kelas aku cakap, "Duduk," Memang malu ah nak cakap. Semua pandang. Terkejutlah kan tiba-tiba aku kedepan padahal guru kelas aku tu suruh aku duduk T___________T Tiba-tiba aku dapat idea, terus cakap, "Saya nak pergi tandaslah cikgu," Okey, malu gila gila masa tu. Takkanlah nak pusing cakap, "Err, ya kah cikgu?" Nasib baek dapat coverline uhuk huk. Lepas pergi tandas, aku cakaplah dengan sorang kawan aku ni. Dia pun perasan. Yalah, muka aku beria-ia sangat. Mana orang tak perasan. Tergelak lah dia sorang-sorang dan aku maluuu. Mungkin guru kelas aku pun perasan. Tambah lagi maluuu.


Teng terereng!




Jom join contest AKU MALUUU!

Tag tiga orang?

-Mez
-Kak Alya
-Kak Balqis

P/s: Masih dalam mood raya. ;D

Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos, Merdeka!

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia!



Google
  

Heeeee. Kenapa aku bersemangat nak tambah satu Malaysia ni? :P Mestilah kena ada. InsyaAllah, untuk entri akan datang aku masukkan satu Malaysia. :)


Mari, aku ada sajak. :)

Malaysia, tanah airku yang indah,
Penuh dengan sejarah,
Bebas dari penjajah,
Pada tahun 1957.

Malaysia, tanah airku yang gemilang,
Rakyatnya yang cemerlang,
Kaumnya yang berbilang,
Bersatu padu membangun negara terbilang.
Hehe. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada hari ini [31 Ogos 2010]. Satu Malaysia Menjana Transformasi!

Ahad, 8 Ogos 2010

Apabila Farahani Berada Di Atas Pentas...

Assalamualaikum w.b.t,

 Yayy!!

Hello back dear readers!

Seriously, I miss to write an entry. OMG it sooo long that I took holiday for doing entries. Waaaaa. :'(

Okey, okey. Stop writting in English. Let's continue in Bahasa Melayu. Agagaga. Cewahh, speaking pulakk budak ni. Wakaka. Btw, macam mana dengan blog sekarang? Yeah, berwajah baru! I loikkee. Muehehe.


Aku banyak mengambil masa untuk edit blog ni. Alahh, korang faham-faham jelah. Aku ni malas sikit nak edit blog dan buat entri. Sikitt je. Tak banyak :P Keh keh. Mungkin ada lagi sikit-skit nak tambah sebab aku tak puas hati lagi T__T 

Dah, mari kita tukar topik ke rencana yang utama. Bahasa skema. Alah alahai. Farahani tetap budak skema walaupun tidak berkaca mata. Ohhh~ Kaca mata ku merindui muuu lalalaa T____T


Yah, buat minggu ni aku jadi Tuan Pengerusi Majlis untuk perhimpunan sekolah aku. Sepatutnya minggu lepas. Tapi sebab hujan *hore!, maka tak jadilah. Malangnya, minggu ni tak hujan pulakk. Aisehh.=/

Tuan Pengerusi Majlis tu akan pakai berlainan daripada yang lain iaitu kot. Ada sorang kakak tahun 6 tu dia tolong aku carikan guru. Kakak tu pun pakai kot. Ketua murid, pengawas yang mengetuai murid dalam nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah, pengawas yang membacakan doa. Semua pakai.

Satu-satunya perasaan yang ada dalam diri aku masa tu ialah NERVOUS. Memang aku akan tanya kakak tu macam-macam soalan sebelum aku kaku atas pentas. Tangan aku dah sejuk dahh. Al-maklumlah, inikan first time aku jadi Tuan Pengerusi Majlis. Lepastu, ada kawan aku kata, "Farahani, kau menggigil eh? Aku nampak kertas yang kau pegang menggigil." Memang lahh. Sikit lagi kertas tu nak jatuh tahu.

Masa aku cakap, mulut aku laju je baca satu per satu perkataan dalam kertas tu. Peluh dingin dahh. Nasib baik pendek-pendek jea ayat kecuali perenggan pertama. Kalau lama-lama, mahunya aku jatuh terjelepok atas pentas tu. Tapi, kalau dah lamaaaaa sikit, jadi tak gementar sangatlah. :D Kalau boleh, mahunya aku nyanyi jea guna microphone dekat atas pentas. Pernah satu kali ada peluang, tapi suara aku tak keluar kuat. Aiyoyoyoyoo. Sedih woooo.


Apalagi eyhh...? Aku ingatkan nak berhenti duluu. Heyya, before that, here:




Back for blogging! ♥

Jumaat, 16 Julai 2010

Agak-Agak Korang , Nak Pilih Apa Ehh ?

Assalamualaikum w.b.t,



Lama sangat aku tak memberita. Haha. Kesiannlahh pulak tengok blog yg tak tukartukar layout sejak awal tahun (iye keee?). Okey okey. Hari ni saya update yea. Sambil-sambil tu saya nak minta tolong pembaca sekalian. (Guna ayat skema lahh kejap. Haha)

Sebelum tu, Spain menang Fifa World Cup 2010. Haha. Lambat bagitau. Walaupun 1-0, aku rasa tulahh perlawanan yang agak sengit -.-' ? Kita continue! Sambung sambung!

Aku ingatkan nak tukar tajuk blog lahh. Pernah jugakk terpike nak tukar tapi takde mase. Amboii, takde maselahh sangatt T____T


Ada yang aku dapat sendiri. Antaranya,


1# Cookie Monster Rawr T__T
-Biskut, biskut, biskut

2#Lompat Tinggi-Tinggi!
-............

3# Budak Tahun 5
-Ini kisah seorang budak tahun 5

4# Asam Garam Hidup
-.............

5# Flashback Story ?
-Memories In Mind ?

Still Sketsa Cerita Ini? (:

Idea yang memang tak boleh blahh. Hahaha. Lagi-lagi yang pertama. Macam budak-budak T__T Sedih sebab tak dapat pike yang lagi bagusss huhu.

Kalau korang ada idea gilagila dan best, bolehlahh bagitau and then, mungkin nanti aku akan taip semula dekat sini. Pilih mana yang berkenan. Kalau tajuk tu pilihan terbanyak, mungkin aku ubah. Nanti siap edit blogspott. Lama tak editt. Rinduuuuuunyaaaaaaaaaa.

P/s: Esok aku ke PDDDDDDDDD. Lamaaaaa takpergi (: Ada familyday. Tak sabarrrrrrrr.

Jumaat, 2 Julai 2010

Selamat tinggal Cikgu Eka..

Assalamualaikum w.b.t,

Ehem ehem ehem ehem, lama betulkan aku tak update? Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa habuk dah. Thehehe. Okey okey. Nak buat la ni okey. Hahaha =P

Lepas tengok England lawan Germany, memang KECEWA gila. Kalah 4-1 doe! Tak percaya aku. Hahhh tak percaya sudah. Tengok Portugal, bertambahlah KECEWA. Double KECEWA. Haha T_____T

Tutup topik bola. FIFA WORLD CUP 2010.

Sebenarnya cikgu aku ni dah lama tamat mengajar. Tapi aku nak jugak buat entri ni. Esok ada pengambilan KAD PROFIL, bolehlah aku tambah lagii banyak cerita :D

Selepas cuti dua minggu, cikgu Fatima Syafiqa nak tamat mengajar. Seminggu lepas bukak cuti sekolah tuu. Masa last Bahasa Inggeris, hari Khamis. Jadi, hari Khamislah yang cikgu tamat ajar 5 Ixora. Batak sedih siottt :(  Haritu jugak kitorang dapat makan cupcake yang mak Cikgu Eka buat =p


Ni gambarnyaa;




Gambar masing-masing semua memang ceria tahap meninggi. Ceh ceh dan ceh. Yalahh, dapat cupcake. Cupcake coklat yang ada tulis 5I. Terima kasih Cikgu Ekaaaa :)

Lepastu Cikgu umumkan siapa yang dapat hadiah untuk pengumpulan bintang yang paling banyak. Hadiah dia kotak pensel silinder tu agaknya~ Hee tapi geram bila pegang yang kurus punya, thehehe. 'Athifah dengan Ain dapat. Jadi, CONGRATULATIONS buat yang dapat. Dah dapat tu, bagilahh aku sikit. Haha joke joke :P

Sesi ambil gambar bersama. Sila jangan tengok muka aku dalam gambar itu kerana muka aku masa tu memang blurrr. Haha. Gaya budak lelaki macam FIFA WORLD CUP aje. Ade satu gambar lelaki dengan Cikgu Eka. Budak lelaki jahat gilaa. Buat pis tapi taknampak mata cikgu Eka. Grr

Sampai sini jelah kot. :) Hahaa. Esok pengambilan Kad Profil. Memang hari terbaekk. Haaaa T__T
Hope, you enjoyenjoy yea! ^___^

P/s: 1 Julai baru aku teringat hari lahir Cikgu Hatme, guru kelas aku! :(

Sabtu, 19 Jun 2010

Lagenda Budak Setan, Dah Lama Nak Tengok.

Assalamualaikum w.b.t,

LBS ~ Bestt :D



Mula mula, aku memang nak tengok laa filem ni. Alaa, acuh tak acuh aje aku cakap dengan mak aku :D Lepastu, Ahad, 13 Jun, Nad ajak aku pergi tengok filem ni. Katanya, "Farah nak sangat tengok filem ni." Hahaha. :P Aku pun okey ajee. Dalam hati, memang rasa tak sangka gila! thanks ibu! (=

Yang pergi, Nad, Yuni, Kak Farhana, ngan aku. Aku pun penah tanya, kenapa Nurul dengan Ain tak ikut? Aku nak sangat diorang ikut :( Tapi, adelahh sebab-sebab tertentu. Private hohohoho. :D

Malam sebelum pergi, mak aku ade buat mesyuarat. Plan nak pergi, nak balik. Aku pergi balik okey sebab nanti mak aku yang ambik. Mak aku buat 2 pilihan, nak pergi The Mines atau The Times Square? sori ejaan salah! Yuni cakap nakpergi The Mines. Nad pun macam tulahh gayanya. Aku jadi pengikut sajaa. Aku tak pernah pun tengok wayang dekat The Mines. Err? Pernah? Tak pernah? Entah. Haha. Lamaa sangat takpergi. :)

Aku tanya Nad, tiket berapa? Jawabnya RM11. Errghh! Aku pun terkejut. Aku ingatkan kurang dari RM10. Lepastu dia cakap lagi, itu untuk hari Ahad. Hari Selasa termurah (?). Taktahu taktahu T______T

Kena tido awal, esok bangun awal. Tapi, taktido awalnye. Dalam pukul 11, 12 macam tu lah. Hahaha. Haritu, aku agak moody :D Boleh tahan laa moody aku. Err, menjelma kepada yang dulu? Please don't!!

Okey, skip lah. Pukul 12:30! Haahaa. Steady lah, masa tu, sekali dengan keluarga aku nak balik rumah, balik mane? Balik Bangi. Hihi. Ambil Kak Farhana, terus ke The Mines.

Ikut perancangan, nak tengok wayang pukul 1:45 tapi dah terlebih. Ahhaa. Tapi aku tak kesah. Tunggu pukul 4:00 nanti. Sambil nak tunggu tu, kitorang pusing-pusing satu The Mines sampai pening (?) -.-'Aku nak pergi kedai buku kejap. Nama kedai buku tu, Gramedia. Aku beli buku nota. Err, buku dia macam scrapbook tapi jenis tebal. Dalam tu, aku nak isi diari, nota, blablabla :P

Lepas pergi kedai buku Gramedia, kitorang singgah Medan Selera. Lepak lepak. Makan-makan kott. :) Sambil tunggu. Dalam 3:50 macam tu baru kitorang keluarr. :)

Dah nak pukul 4:00, masing-masing check dulu lah, tiket tiket :D Kitorang masuk pawagam nombor 5. Aku duduk sebelah Yuni. Nad duduk sebelah Farhana. Jauhh langkah dua seat jea kitorang. Uhuk.

Cerita Lagenda Budak Setan, memang feeling. Adalaa time time yang orang gelak terus hilang rasa nak menangis. Huhu. Aku ingatkan Kak Fiza Elite yang berlakon dalam filem ni. Rupa-rupanya Kak Shikin Kamal. Tapikan, muka diorang memang nak sama dalam poster tu. Sekali pandang. Ending dia memang sedih wuuu~ blank

Balik balik ;) Tapi ibu nak minta belikan barang keperluan di Watson/Guardian. Jadi, keluar lambat sikit.

Kitorang keluar dari The Mines pukul 6:45 petangg. Mak aku ambik 7:07 malam taksilap. Hantar Kak Farhana di CM, Nad ni Jinjang, Yuni? Tido sehari di Bangi. Huhuhu ;p Esok ibu dia cakap nak ambik di Warta.

Serius, memang best kali ni. Banyak lagi nak cerita tapi mata dah tak tahan. Cuma takbestnya takda Nurul dan Ain :( Korang, bilalah kita nak keluar sama sama?~

P/s: Gambar takda aaa. :D Ni gambar dari Encik Google. Senyum selalu!! Hope you will enjoy this entry! [=

Plus: POST PANJANG KEMBALI LAGI ! ;DDD

Selasa, 8 Jun 2010

Hari Pertama Bengkel Pra-UPSR.

Assalamualaikum w.b.t,

Pertama sekali, aku nak ucapkan berjuta-juta, ribu-ribu dekat Cikgu Eka @ Fatima Syafiqa. Cikgu ni yang banyak ambik gambar kitorang. Serius, belajar dengan cikgu ni sambil menjawab boleh dapat bintang. Dan siapa kumpul banyakkkkkkk bintang, cikgu bagi hadiah. Tapi, cikgu... =(

Okey kita start.

Hari Pertama Bengkel Pra-UPSR




Syuhada sempat lagi betulkan tudung, ;D









Sempat lagi aku dengan 'Athifah 'cari fasal'. HAHAHA


Hidayahhh... Kenapa tutup muka tuu?







Ni lagi sorang...Haish ;p Irfan, kenapa tutup muka tu? HAHAHA :P





Cehh Fikri =p Sempat lagi posing simple. Senyum jaa hang.



Gambar-gambar di atas selepas rehat. Masa tu, cara-cara menjawab kertas Bahasa Melayu 2. Penceramah dia? Cikgu Maryatul. Masa sebelum rehat, aku, 'Athifah dengan Ain duduk depan. Entah, kenapa tukar. Haishhh.

Memang besttt. Dengan ceramah cikgu, dengan 'Athifah yang gila-gilanya [Aku tak cakap gila ok!], Ain dengan kura-kuranya. Dia bawa kura-kura. Tak percaya?

Tunggu jawapannya selepas habis entri ni. HAHAHA.

Banyak kerenah kitorang masa rehat kedua tu. Dok bising jaa. Cikgu pun dah taktahu nak buat apa. Terus tanya macam ni, "Ada siapa nak ganti cikgu?" Diam semua. Ada lagi yang bising. Memang tak reti bahasa betul. Haiyooooooooooooooooooooooooooo.

 Err, okeylah. Aku nak 'choww' dulu. Err, nak tahu apa jawapannya? Kenalah percaya. Sebab diaa bawa kura-kura mini patung keychain laa. Hahaha. =p Cau cin cau. Aku nak makan cikedisssss.

Kredit pics; Cikgu Eka Cikgu Eka :)

Ahad, 6 Jun 2010

First Tag On 2010.

Assalamualaikum w.b.t,




Ishhh. Baru tag yang ter-first pernah aku buat tahun ni. Serius? Betul? Benar? Aneh tapi benar? Dan sebagainya. Okey, tag ni aku dapat dari MeZ. Aku taktahu menahu, kenapa aku still taip nama dia masa first-first aku kenal dia dulu. Bangga? Heh.



Ni award yang pertama. Bukan pertama dalam tahun ni tapi pertama dalam tag ni. HAHAHAH. Confused? Okay tak confuse langsung. Apa hang merepek malam-malam ni?


Ni yang kedua (;


Award ketiga (=  Erkk, matanya... Seperti menakutkan -.-'

1.Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 blggers you've recently discovered.

-Nurulbalqis
-Elly
-dotdotdot
-Dialukan kepada semua (:

3. Contact said blogs and let then know they've won the award.
4. State seven things about yourself.

-peminat setia coklat?
-peminat Justin Bieber?
-peminat kumpulan korea?
-seorang pengawas?
-seorang yang ceria?
-seorang yang suka berdiam diri?
-pemilik Bila Farah Mula Menulis? [Tukar nama blog]

Second
1.How tall he should be?
MMM, Yes. Same like MeZ. Taller than me.

 2. What hair colour should he have?
Black the most (:

3. What kind of personality should he have?
Err, taktahu -____-'

4. Older or younger?
Older maybe :)


5. What film actor should he most be like?
Dotdotdot....


7. Do they need to cook?
Perlu? 
8. What is his best body part?



9. What car should he drive?
Tengok laa nanti. HEHEH


10. What one thing completely turns you on?
Err

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
Ehemm ehemm


12. Tag 6 people to do this survey too.
-Memerlukan 6 org untuk menjawab tag ini?



P/s:
Esok pukul 8pg hingga pukul 12 tigapuluh tghri,  Aku takkan online sebab aku ada bengkel menjawab UPSR. Sekian :)

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru ^^,

Assalamualaikum w.b.t,



Hehehe. Ini hasil kerja aku tapi taklah secantik mana. Ada masa sikit, buatlahh. Tapi ini ikhlas daripada sayaa :D

Selamat Hari Guru buat guru yang telah mengajar saya dan semua guru. Time-time macam nilah aku teringat masa buat sambutan dulu. T_____T

Klik sini kalau mahu tahu sambutan yang dinyatakan pada Sekolah Kebangsaan 2009.

Klik sini dan sini kalau mahu tahu sambutan yang dinyatakan pada Sekolah Agama 2009.

Memang sedih gilaa tak boleh buat sambutan macam tu tahun ni. Yeah, hari guru sekolah kebangsaan lama lagi. Hari guru sekolah agama, lagi sehari. Syioknyeelah.. :D

Boleh bawa kameraa! Hahaha. Ecxited gila. Tapi handphone memang takboleh bawa laa. Ustazah cakap boleh bawa kamera je. Ada yang lebih-lebih nak bawa laptop. Menunjuk-nunjuk ke apa hah Irfan hoi?

Tahun ni, persembahan kitaorang lain sikit. Mungkin tak buat lakonan lagi dah. Sebab ustazah taknak buat macam tu dan mungkin tak sempat. Ustazah cakap lagi bagus buat sajak macam tahun lepas. Aku on aje, yang nasyid, kawan-kawan perempuan aku nak. Tajuk yang diorang nak[lah] sangat Demi Matahari. Heh? Okey. Aku kena ikut. Tapi kan, aku dah cakap dengan diorang sambutan raya kita buat lain.

Hari Selasa ni, macam tak sanggup nak tunggu! Sebab, lagi sehari! Kalaulah boleh langkah hari Isnin dah terus hari Selasa kan baik? Merapu sangat.

Nak buat persembahan apa ni? Nasyid? Sajak? Pantun? Gurindam? Haihh. HAHA :P

Apa-apa pun, straight to the point, aku nak ucapkan ucapan diatas kepada cikgu-cikgu aku dan ustazah/ustaz aku. Terima kasih sangat-sangat! Walaupun dulu aku blur, aku tetap boleh dapat nombor top 3.

Errk, lupa aku nak buat edisi Selamat Hari Ibu punya. Sorri sorri. Tapi, jasa ibu tidak boleh dibalas kan? Kakak sayang ibu (:

Terima kasih cikgu! (: [Ikut ala-ala suara iklan untuk Hari Ibu yang ada Mia Sara Nasuha tu :P]

Sabtu, 15 Mei 2010

Entri Khas : Giveaway from Sararisa Craft

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat tengahari semua. Hari ini, ada entri khas yang memang khas. Ia adalah satu giveaway. Daripada siapa? Cik.Sararisa ^^, Semalam aku tengah blogwalking. Tiba-tiba jumpa giveaway ni. Rasa macam nak masuk, erm masuk sajalah. Nak tahu giveaway dia apa?

Tara~!
Teruja? Nak serta? Comel?

Ohh, boleh saja. KLIK : http://sararisa-craft.blogspot.com

Tarikh tutup giveaway ini 18 Mei 2010 pada pukul 8:00 malam.
Okey, jumpa pada entri seterusnya! (^^,)

Sabtu, 8 Mei 2010

Hasrat Tak Menjadiiii !

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat malam selamat malam. Meh aku nak ceritakan satu cerita yang baruu je jadi tadi. :P

Ala-ala Chipsmore sekejap hilang ye takk :P


Malam ni, tanpa disangka-sangka [Cehhh ayat memang takleh blaaa! XP] mak aku nak buat biskut. Hah hah? Cakap dalam omputih, cookies. XD

Tapi, tapi, tapi, ringkas sahaja resepinya.

Untuk pengetahuan korang, inilah kali kedua aku buat biskut. Okeyy aku tahu. Aku tak rajin buat sebab mak aku sibuk. Tak kisah laa. Janji tertunai hasrat aku selama ni. [Ewahhh, hasratt! :P] Lepas cakap, terus la menyebukkan diri. Okey jangan emo. Bukan dia sorang je yang buat. :P

Tumbuk tumbuk itu marjerin [lagi baguss guna mentega] dengan telur, masukkan serbuk biskut. Tumbuk lagi. Perut bunyiiiiiiii T_T

Operasi tumbuk sampai jadi doh :D

Okey lepas jadi doh, mari kita kasi bulat itu doh dan lenyekk! Padan muka hang :P Tapi mak aku bagi extra BADAM. Sett!

Lepas tekan switch on, tik tik tik waktu berdetik macam tu lah bunyi dia. Tak berapa minit dah...

BLACKOUT!

Aku akui, benda automatik yang pertama sekali takboleh ditahan pada kali pertama blackout adalah menjerit "AAAAAA" dan duduk diam diam. Takut. Lepas menjerit "AAAAAA", baru aku rileks balik. Haish apa masalahnya ni?

Bukak lagi switch oven, okey macam biasa. Tik tik tik dan belum beberapa saat, dah....

BLACKOUT 2nd!

Kali ni aku diam. HAHAHA.Terkedip kedip terkedip kedip mata aku. Ayah dah bukak balik switch. Bukak balik oven.

Dah....

BLACKOUT 3rd!

Pergh! Dah 3 kali! Mak aku panggil ayah aku dan diorang ckp fius macam terbakar apetah. Mungkin digigit tikus. Huaaaa.

Ayah aku suruh jangan pakai lagi sebab mungkin akan ada BLACKOUT yang keempat. Waah sungguh banyak kali terblackout. Aku, no comment.

Mak aku dah cakap dengan aku, esok aje okey. Aku diam, mungkin nak faham faham faham sajelah ape mak aku cakap. No respons. Esok. :)

Tiba-tiba aku teringat satu raksasa ni:




Hello Raksasa Biskut! :D


Sungguh comel. Rasa nak culik aje. HAHA.

P/s: Esok hari ibu kann kann? Okey! SELAMAT HARI IBU! :D Semua gambar telah saya google. Kredit pada google :)

Ahad, 25 April 2010

Tiga Dalam Satu

Assalamualaikum w.b.t,

Lama sangat aku tak update untuk bulan April. HAHA. Entah. Tak tahulah aku. Tapi yang aku tahu, aku tengah buat entri sekarang ni.


Minggu ni banyakk cerita. Cuma aku ceritakan berapa bahagian jelahh. Tapi aku nak cakap fasal sesuatu boleh takk? :D


Kredit



Tarappappapaaa :)) Takda kerja eh?

Macam biasa laa, Rabu ada latihan setiap petang. Dan sure punya, petang tu pegang kayu hoki.
Aku cuma lemah dalam hoki ni, nak shoot dalam goal. Tu je.
Yang lain, okey, kot. *Haish*

Tapi kan, aku takkan online HARINI 2:30 petang. :)

***

Okey. Tukar topik pulak.

Hore hore hore ! Akhirnya, siap jugakk aku nak edit blog niee. Banyak cabaran nak kena aku lawan. Antaranya ialah sikap malas.

Pertama dalam senarai, edit post untuk 2010.
Kedua dalam senarai, cari background image.
Ketiga dalam senarai, edit bahagian outer-wrapper, main-wrapper dan sidebar-wrapper.
Tapi, yang ini tiada dalam senarai.
REHAT!

Walaupun ada sikitt lagi tak siap. Header punya fasall! Aku yang kena -,-

***

Lagi topik ketiga.

Aku dah minat dengan cerita ni. Setiap hari Isnin-Khamis, 6:30 petang mesti duduk depan tv.

ADAMAYA1


Sinopsis Adamaya drama tv3 :

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.


Ini ; klik

First time tengok cerita nie, memang layan jeaa. Lama-lama jadi minat pulak. Cerita ni romantik plus lawak dow. =D

***

Okey ini yang terlast. Sebenarnya banyak lagi. Tapi tunggu minggu depan apa pulak ceritanya. Sebab minggu depan ujian. *Erk erk*

P/S: Baru cuba buat entri sempooii =D gosok baju uhuk

Sabtu, 27 Mac 2010

Hari Anugerah, Ko-Kurikulum

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, aku tarik nafas lega bila dah buat entri. Hehe. Tak apa-lah. Aku nak ceritakan dekat kamu semua apa yang berlaku pagi semalam.

Pagi semalam, macam biasa ada aktiviti ko-kurikulum. Cuma Persatuan tak ada. Sebab kata cikgu Shamsudin, cikgu tak cukup. Aku melopong tanda faham.

Dan pagi itu juga, ada hari anugerah. Siapa kakak-kakak abang-abang yang dapat 5A dalam UPSR tahun lepas datang sebab ambil anugerah. Aku boleh jumpa kakak-kakak tahun lepas! ^______^


[Ni video yang ke-2 aku berjaya buat. Hore!]


Masa anugerah tu, ramai laa yg aku jumpa. Kak Fara Asyikin, Kak Adlin, Kak Munirah, err. Ramailah.

Aku nampak diorang tengah siap-siap pakai seragam yg dapat anugerah tu. Sebelum tu, aku sukan dulu.

Sukan hokii. Hmmm, lupa aku nak tukar bahagian pengenalan diri. Kitaorang main menggelecek bola, ya tak? Heeee. Lepastu, lawan. Kumpulan kitorang lawan dengan KakYanti's group. Main, gol main gol. Hehehe.

LAWAN lagi dengan yg menang. Waaah, takut gila. Cikgu cakap, "Yang menang kena lawan dengan lelaki," Heh!

Aku, Syahmina, Hidayah terus basuh muka. Kitorang tak tengok perlawanan tu. Tengok masa nak tamat jea. Mata Syahmina masuk lecak. Berapa kali dia cakap. Dan, masa kitorang nak basuh muka tu.... Eh, belum lagi!

Masa kitorang nak susun kayu hoki dalam stor sukan, aku terdengar lagu Aku Burung Tiung. Ahli Orkestra. Dulu, masa tahun 4, pernah aku nak masuk. Tapi aku tak pandai main keyboard. Rekorder tu adalah sikit-sikit. Hehehe...

Aku dengan Syahmina berebut nak masuk. Semakin kebelakang, semakin ramai. Geram betul aku. Aku & Syahmina terus ke kantin. Aku pun dah haus. Hidayah pergi sain buku ko-kurikulumnya.

Rehat macam biasa, tunggu kelab. Dan terus balikk~ HEHE

Khamis, 18 Mac 2010

Malam Malam Baru Ada.

Assalamualaikum w.b.t,



Eh, :D. Tiba-tiba aku rasa macam nak menaip entri. Pagi tadi tak nak buat. Apa macam nieh? [Internet buat hal macam macam hal! Cessss!] Idea baru muncul malam ni. Sob sob..

Erkk? Alamak, hilang terus ideaa! Waaaa, di mana kan ku cari ganti. Eh, sekejap. Okey. Sambung balik.

Esok malam, aku nak bertolak pergi Terengganu naik bas. Weeeee~ Lama gila tak naik bas. Last harituh masa Tahun 2 taksilap. Nak jalan-jalan. Time tu, Nurul Ain ngan Nurul Uyun takde. Aku ngan Nad jea. Kali ni, beramai-ramai pergi.Tapi kan, aku ingatkan lama sikit. Hari Sabtu. Tapi, mak ayah aku cakap, hari Jumaat. Aku tengah pening-pening.

Sekarang ni, aku tengah rancang nak edit template. Nak ubah cara macam-mana? Aku tengah search laa ni. Ish! :( Nasib baik header dah buat. Simple jee :) Nanti kalau dah siap, aku bagitahu yea? Aku masih dalam blogwalking. Cari IlHaM! :D


Aku rasa macam nak menjeritt je. Aku teringat, bila aku macam takde mood, ke apa, aku beritahu NabilahAziz, dia cakap, "Farah jerit jea :P." Wkakak. Teruja melebih, kot.

Jumaat, 12 Mac 2010

Terima Kasih ! >3

Assalamualaikum w.b.t,



Lepas balik dari latihan, terus buka komputerr. Sedap sungguh A B C yang Hidayah belanjaa.

Semalam, baru buat ujian untuk Bulan Mac. Soalan diaa, sederhana. Susah campur dengan senang. Tapi, Alhamdulillah boleh jawab. Doakan aku dapat markah yang cemerlang! Heeheee.

Tak lama lagi ada Pesta Buku dekat PWTC. Hmmmmm. Takboleh pergi duh. :'[ Takpelahh. Mak ayah aku ada urusan penting waktu tu.

Erm? Aku rasa macam ada yang tak terperasan sejak kebelakangan ni. Pape pun, blog aku dah berkhidmat dengan aku hampir satu tahun. Terima kasih sangat2 =D

Lagi satu, bulan 3 ni jugak, sepupu aku nak nikah and kahwin. Esok dia nikah! 12-3-2010. 13-3-2010. Err..-Talian Terputus- Hahaa.

Nanti aku update lagi, ya. Wasalamm.

Sabtu, 27 Februari 2010

Karnival Gaya Hidup Sihat BHG 2

Assalamualaikum w.b.t,


Lama sudah menghilangkan diri. Ini kerana ayah telah menyimpan wireless internet dann.... Tak boleh buat apa-apa! Diam dalam diam ada banyaakk cerita. Tak kira cerita apa. Nak luahkan kat sini rasa macam tak boleh. Takpe la. Try try dulu. Nak buat ber-double entri hari ni.

--------------------------

 Aktiviti dijalankan sehinggalah tamat waktu sekolah. Sebelum kitorang balik terus,  kakak UPM tu ada bagi cenderahati atau cenderamata. Dapat, puzzle, pen hitam, brochure pemakanan sihat [Berkeping-keping dapat. Banyak =)], file, Alat ukur BMI dan magneto Piramid Makanan. Beg pun! Hehe.


Keesokan harinya.

Aku datang dengan baju sukan. Ramai datang dengan baju sekolah. Diorang cakapp, hari ini tiada pakai baju sukan. Aku tak kisah apa diorang cakap. Tengok tengok, memang betul ada sesi Senamrobik tapi bukan yang dibuat oleh pesenamrobik sekolah. Tapi dari kakak UPM. Sebelum tu, diorang ada cakap-cakap laa. Kitorang dah ready. Ready betul-betul ready. Lepas tu, abang yang set lagu dah tekan on.

Lagu dia ialah.......

"Nobody!"

Masa sedang bersenam robik sakan, aku menyanyi yang aku tahu. Kawan aku dah bising. Suruh aku diam. Hehehe. Aku menyanyi lagi dan jugak. Second punya, dua-dua lagu kumpulan korea.

"SuperGirl-Super Junior M"

Patutlah macam aku kenal lagu niee. Berpeluh aku buat. Kawan aku cakap, "Ni baru real warm-up," Aku tak kisah. Aku ikut apa diorang buat. Tapi aku ada tersilap step jugak. Heee.

Sesi bergambar. Klik! Klik! Hehehe.

***************************

Aku banyak enjoy termasuk tengok cerita santau. Setengah je. Hehe. Terkejut laa nak tengok. Jadi tutup mata jela. =P



warna-warni tak kelas kitorang =P

P/S: Aku ingat nak update lagi laa. Apa rasa korang?

Isnin, 15 Februari 2010

Karnival Gaya Hidup Sihat Part 1

Assalamualaikum w.b.t,

 
Nomiiii~

Ehem ehem, hehe. Lalala~ Suara dengarkanlah aku, apa khabarnya pujaan hatikuu~

Seperti yang sedia maklum, tajuk di atas, menunjukkan bahawa minggu lepas, dua hari ada Karnival Gaya Hidup Sihatt! Wahh, mana taknya. MERIAH satu sekolah. Lepas rehat, baru tukar baju. Tapi kitorang ni, tak tukar bajuu. Hehehe. Dua hari berturut-turut. Hari pertama, sebab ada kakak UPM bagi ceramah kesihataan. Fasal makanan yang tak baik untuk kita, and macam-macam lagilahh. Ni nak cerita fasal karnival ni,

Hari Rabu, pagi-pagi lagi dah set dengan baju sukan, seluar trek. Jadual untuk hari Rabu dah tukar. Pagi-pagi ada Gaya Hidup sihat iaitu Senamrobik. Dengan ahli pesenamrobik, kitorang ikut bulat-bulat apa yang diorang buat kat atas pentas.

Lepas senamrobik, cikgu bagi taklimat sikit. Tunggu tunggu tunggu. Bila cikgu cakap, sekarang sudah bo... semua terus serbu! (Alahai! Tipu je lebih. Hehehe) Ada aktivitis macam bola baling, golf, bola keranjang. Buah-buahan tidak dilupakan juga ya. Ais krim Mat kool mat kool kawanku! Haha! *Banyak lagi sebenarnya -_-

Lepas rehat, ada kakak kakak UPM (Universiti Putra Malaysia) , yang datang Jumaat lepas, bagi ceramah. Sebelum ceramah, ada kakak yang comel molek [ Tak bodekk ! xP ] kenalkan diri dengan kawan-kawan dea. Sumer peramah. Akak akk tu cakap, "Sebelum mulakan ceramah, jom main permainan,' Kitorang tu apalagi, zoooom! Hahaha. Kelas kitorang buat dekat dewan. Jadi lapang sikit nak main.

Masa sebelum main tu, akk tu ada bagi penerangan macam mana nak main. Caranya, buat bulatan, dan lepas bagi membentukan bulatan separuh. Aku, Wan, Ain, Athifah, Izzati dan lain-lain sama group. Wan jadi ketua sebab diaa yang first sekali (Sebelum aku,) . Lepas tu, masuk dalam ikatan tangan. Terpusing-pusing kitorang. Hahaha! Akak tu cakap berhenti baru kita berhenti. Semuanya ceria je. x) Sambung balik ceramah....


Lepas habis ceramah, ada 3 kuiz. Aku dapat jawab kuiz yang ke-2. Aku dapat magnet piramid makanan. Akak tu tanya sebab, aku jawab, "Sebab nanti terlalu kurus," Soalan dia pulak macam ni, "Bolehkah bersenam dengan berlebihan?" Lebih kurang macam tu lah soalan dea. Betul, dapat hadiah. Main lagi permainann. Hip hip horey! Lalala. Permainannya ialah, mengelaskan makanan kepada kategori yang betul contoh, roti di bahagian bawah. Kakak tu bagi pelekat dan gambar makanan. Aku dapat dadih xP

Dann, keputusannya! Kitorang cuma salah satu je T_______T.


Bersambung lagii lah ahai!

Wahh, aku dapat menaip entri sambungan dengan mata yang sedangg mengantuk. :o Aku rasa, nanti kita sambung balik. Aku pun nak cerita jugak lagi fasal Kursus Pengawas ni. :) Selamat membaca dan goodnight! Mata aku mahunya jadi Panda [Dalam cerita novel Dear Yayah] Hehe..

Sabtu, 23 Januari 2010

Aduhai !

Assalamualaikum w.b.t,



Sambil melayan lagu tema Tasbih Cinta, aku taip sempoi entri kali ni. Aku ingat nak sambung fasal merentas desa semalam (Jumaat). Tapi hati rasa macam taknak, nak taknak kena update. terlebih serius pulak :P

Semalam, aku dah ready steady nak lumba. Pagi-pagi dah, "Takut la untuk merentas desa," Hahaa. Rileks rileks. Belum berlari lagi. Bacaan Yasin beramai-ramai dulu. ;) Lepas bacaan Yasin baru merentas desa. OPP! Belum lagi. Balik kelas, ambil kedatangan dulu. Ambil bekal & air letak dekat kantin. Baru turun bawah beratur, cikgu bagi tip keselamatan dan nasihat, barulah kitorang ready steady. Berdebar nokk!

Masa berlari, aku berjogging dulu. Dalam jogging tu adaa laa ala-ala larian skit. Haha. :P Yeap. Bila dah sampai tapak perhimpunan, eksyen dulu dekat murid lelaki... Haha. Takda laa. Lari jea. Masa tu memang skit lagi nak haus. T.T

Tempat kitorang dah tahuu sebab semalam (Khamis) buat trek merentas desaa. Semalam memang ramai yang lari daripada berjalan. Haha! Bersemangat, kata cikgu. Aku pun apalagi, tersengih laa. Aku pun ada lari skit. Jalan-jalan, lari-lari. Dah sampai, penat. x_x Siot sungguh.



Dalam perjalanan, aku lebih banyak berjalan daripada berlari. Berjalan selama 10 minit. Lari skit. Berjalan lagi, lari lagi. Penat! :

Bila dah nak sampai, aku berlarian dengan Adlina. 'Athifah dah kedepan. Dah nak sampai ke garisan penamat. Bila dah dekat dengan guru yang jaga checkpoint, aku kuatkan semangat lari. Naik bukit doe! Dah hampir sampai, cikgu suruh lari. Aku pun lari. Sampai cikgu ckp, tahun berapa. Aku ckp laa tahun 5. Cikgu bagi nombor dan terus suruh aku tulis nama. Dah tulis nama semua tu, aku masuk ke dalam. Minum airr! Tengok-tengok, 'Athifah pun adaa minum air. Merah muka dia! Haha x)

Tahun lepas aku nombor 11. Cuba teka aku tahun ni nombor apa?
Jawapan ; still 11 !


P/S: Eh, dah pukul 6:09 petang rupanya... :D

Ahad, 17 Januari 2010

Merentas Desa ? Lari !

Assalamualaikum w.b.t,



Fewit. Tak berupdate-update blog budak ni. Hahaha. Cesss.


Aku tahu. Blog aku dah berhabuk ditinggalkan. Hahh? Ditinggalkan? Aku nak edit lah apa yg tak diedit dan aku nak update entri aku nieeyy. :) Ini hadiah entri terbaru aku untuk korang. Yang ikhlas. Haha.

Yeahh, kalau dah sekolah,mesti ada merentas desa, bukann?

<-->

Tahun lepas, merentas desa aku, dapat nombor 11 . Cis. Anis Farhanah yg dapat nombor 1. Aku masih simpan pingat dari dulu sampai sekarang. Tak pernah terusik. CEHHHH. [Banyak la. -,-]

Dulu aku merentas desa, rasa terujaa sangat, sebab masa tahap 1, mana ada merentas desa kan? So, bila dah cikgu cakap, aku terus bersiap-sedia. Jogging, lari setempat. Bila dah sampai masanya, jangan cakaplah. Berdebar, bergetar jiwa, dan macam-macam. Berpeluh-peluh. Haha xD

Nak start lari, fuhhh. Mahunya terjatuh aku daripada ramai-ramai orang tu. T_T Nasib baik takterjatuh, dan aku terus lari pecut. Mulanya lari, mmg terawal macam nombor 2, 3. Nombor 1 takpernah sebab Anis Farhanah yg dah pecut dulu. Jadi, itulah sebabnya kenapa dan mengapa rumah biru teratas bila Hari Sukan.

Bila dalam perjalanan, dah mula semput semput. Penat! Aku pun jalan laa. Jalan jalan jadinya jogging. Bila tenaga dah ada balik, larii~ Walao sungguh.

Dalam lari-lari tu, terserempak pulak dengan kakak-kakak abang-abang sekolah menengah. Kebetulan, tu adalah pelajar SMK Jalan 3. Sebelah sekolah kitorang je. :)




Larian diteruskan lagi ya para pembaca ~

Dah nak sampai, kena lari atas bukitttt! Ya Allah, penatt. T_T Last-last aku dapat lah nombor 11. Syukurr. Dalam penat tu. Haha.

<-->

Tahun ni, aku taktahulah macam mana. Start merentas desa tu hari Jumaat, 22 Januari (Lepas 22 Januari tu birthday kawan aku! :P) Ada masa lagi nak berjogging jogging lari setempat. Hehe.

Ni entri masa tahun lepass punya merentas desa. Tahun ni? Tunggu okey! Tungguuu~

Jumaat, 8 Januari 2010

Tahu Tak ?

Assalamualaikum w.b.t,


Suda 5 hari kita menjejakkan kaki ke sekolah. Benar bukan? :) First persekolahan tepat-tepat suda ada azam! :D Aku tak percaya dah masuk tahun lima! Duh! Haha tahun depan nak UPSR wok -_-





apedaa :P

Sebenarnyaa, masatu lagi aku nak update fasal 5 hari persekolahan aku ni. Cuma, aku ni busy gilaa dengan homework. [CEH!]

Okey, nak start dah ni........

Hari Pertama Sekolah Farahani

Masa tu, aku sedang memakai tudung sekolah. Sekolah mula pukul 7:30 pg. Maknanya pukul 7:00 aku dah start pergi. Mungkin 7:10 mcmtu. :) Rasa tak sabar membuak-buak. Kelas baru, cikgu baru, kawan baru dan azam baru! Bila nak naik bukit terjumpa pulak Sakinah. Dia pun kelas aku tau. ;D Jadi, kitorang pegi laa sama sama. Lepas bersalaman dengan ayah dan ibu aku, terus masuk kelas. Hwoi. Bangunan baru tingkat 4! Isk. Nasib baik kelas hujung sekali. Kalau tak, alamatnya mmg lenguh kaki.

Bila sampai, kerusi takdee....! Nmpaknya kena cari ke kelas demi kelas. Semua kelas takde kerusi lebih... Dan juga kena turun tingkat bawah bagi mengambil kerusi. Dekat sebelah dewan terdpt banyak kerusi. Aku dengan Sakinah keluh lega dan taktau satu lagi. Nasib baik ringan. (Err, yakah?) Haha

Guru klas kitorang guru lelaki, dan, tahun 3 yg lalu, guru aku pun lelaki dehh! :P Heheh. Cikgu tu cikgu baru ya :D Namanya cikgu Hatme. HEHEH

Selepas berpenat, aku pun terus masuk kelas dengan Sakinah. Kitorang dpt tempat depan. Asalnya aku nak tempat belakang (Betul tak tipu!) Lepas cikgu memperkenalkan diri, tak silap aku, semua murid pulak memperkenalkan diri. :)

Msa rehat, aku, Athifah, Ain dan Wan terus ke kantin. Makan time ! Mhahaha :P Okey! Kantin suda banyakk berubah. Pengurus kantin ( ek?) lain, mak cik kantin lain. Tiba-tiba rindu pakcik kantin yg dulu. T_T Terlupa yg Athifah ada ckp, pakcik kantin dah berubah tahun 2010. Dinding kantin pun tak kaler kaler dah.

Lepas rehat, beratur. TINGKAT 4! Athifah dengan aku bayangkan, alangkahnya best bila ada ekskalator (Fuhh! Betul tak?). Lepas tu baru kitorang gelak terkekek kekek. HUH? Kurang?

Taksilap aku, lepas rehat mungkin belajar. Err, taktau lah. Hari Selasa ke hari apa yg start belajar. Guru lain yg pertama ajar aku cikgu Siti Rahmah. Beliau ajar aku Bahasa Melayu. :) Dan diikuti jadual lain lain. Ada Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. Cuma Matematik yg belajar baru semalam. Heheh.


KRINGG!! Loceng berbunyi. Balik timee!

Latar belakang,

First day, mmg rsa cam kekok skit. Tak bnyak ckp ngan org sekeliling. -_- Tpi yg org sekeliling yg boleh ditegur dahulu ialah Syarah Balqis. Kalau dah empat, lima hari sekolah, bising doee! Haha! Jerit sana jerit sini. Rasa mcm perangai dulu dtg balik. Tak berubah ubahh. Penat cikgu melayan kerenah kitorang. Hahaha.


P/S: Berubah lagi! Lagi! Entri kali ni agak mungkin pelik dan peninggg. Sila fahami konsepnya dahulu. Cewahhh. Hahaha.

Ahad, 3 Januari 2010

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Jom baca entri ni. :D Kisah kisah cuti-cuti Malaysia. Ke Pahang! Dan semoga enjoy membaca :)

---------------------








Start sekarang? Jeng jeng jeng....







Mempersembahkan...
Cerita yg panjang..
Dan penuh dengan gambar...
Sekian terimakasih!

Haha. Baca entri ni aku pun taktau bila habisnya. Aku kan suka buat entri yg panjang2?

Pada pagi Selasa yg indah teramat indah, tiba-tiba ibu aku suruh packing baju nak pergi Kuantan. Huh? Pergi Kuantan? Buat ape? Jalan-jalan! Yaww best. Hahaa. Terus zoomm packing baju. Perasaan excited. :P

Kalau pergi Pahang, mesti pergi Kuala Gandah. :) Sebelum tu, perjalanan dari Bangi ke Pahang boleh dikatakan dalam masa 2, 3, 4 jam, kot. Tak pasti dan tak sure. Heeee. Serius, bila dah excited, terus lupa tengok masa. Aduhai si Farahani!

Bila sampai, teruja teruja! Haha. Tak sabar nak tengok gajah. Teringat pun dah macam HAHA :P apa merepek si farahani nih?

Lepas buat apa benda, masuk, stiker, semuanya cari tempat berehat. Ayah, aku, Hanna n Arief tengok anakk gajah. Dah tengok, snapping time! Wheee!













Aku, Ibu aku, Hanna n Arief



Sebenarnya ada lagi gambar yg palingg aku suka tpi ayah aku tak benarkan siar sebab ade gambar ayah aku. T_T









Alamak, malas laa pulak nak rotate gamba ni --


Dah habis snap time, sesi makan/ menyuap gajah makan. Mula-mula anak gajah, seterusnya baru gajah yg dewasa. Erk. Kalah aku tengok gajah tu.







Kau kenal siapakah ini?







Sesi memberi makan kepada gajah :)







Aku dan Ibu aku dan gajah :p








Aku dan gajah =D

Selepas bergambar, menyuapkan makanan kepada gajah =) aku dan keluarga aku balik ke Hotel Sri Malaysia, Temerloh. Heheh. Aku nak mandi hoh. =P Ingatkan ada swimming pool. Lama tak berenang renang. Haha. Best pulak. Sebelum tu minum ptg, tapi dah aku dan adik dan ayah aku lapar gilak, mmg pesan makanan. Lepas tu, jom terjun kolam renang!

Malam kitorang tak dinner kat Hotel Sri Malaysia, tapi makan KFC dan Pizza Hut. Ibu aku belanja laa. =) Ayah aku dah belanja minum ptg yg ada makan makan, jadi turn mak aku la. Heheh!

Esok pagi, mandi, makan dan terjun swimming pool! Haha. Tak serikserik. =P Okey okey.
Ayah n mak aku, check resort. Nak menginap kat mna plak? Heehee. Jawapan untuk kamuu cewah :P
Jawapannya ialah Rainforest Resort. :D

Resort tu dekatt je dekat Taman Negara. ;) Boleh dikatakan dalam. Tapi, sebelum Rainforest Resort, Woodland. Hmm, mesti ada yg penah pegi kann? =]

Bilik dia, mmg cantik lah. :] Luar dea. Adoiyaii. Tapi tak rmai yg menginap kat situ. Adela sesetengah orgg. :D

Malam malam, kitorang keluar nak jalan-jalan amik angin. Tiba-tiba aku ternampak pulak bulan mengambang. Cantik gila. Tambah pulak dengan bintang-bintang. Aisyey. Perut ayah aku sudah berbunyi, makan time. Aku takda selera, minum jea! ;p Dan kat tempat makan kitorang tu, ade Motel. Namanya TVR Motel ke ape. Dah lupa. Hehe. Dan juga kita luar restoran tu ade buaian.







Arief sedang berbaring di dalam buaian. Buai laju laju! Sampai pokok sena. :p








Kaki aku. Haha!


Makan punya makan, akhirnya kitorang balik ke resort. :) OWH bulan tersebut masih ada di sana. Ngeehee. :p

Esok pagi, sebelum balik, ibu aku ajak lah pergi jalan-jalan kat Taman Negara. Takmasuk tapi row row row ur boat. HAHA Kalau naik sampan, mestilah kena pakai jaket kecemasan dan berkemungkinan kita akan basah. ;D









Hanna Mana ;p







Permandangan nak naik sampan ;)

Yess! Aku naik tepi sekali. Sebelah ngun ibu aku laa. Heheh! Tapi korang tau apa yg akan jadi selepasnya setelah aku turun daripada sampan? Basahhh! Menjerit aku bila nak lawan jeram. Whaha. Splash splash. Dalam keluarga aku yg naik sampan, aku paling teruk sekali basah. Sejuk walaweh. Haha. Seluruh!









Aku dan ibu tercinta :p









Sekitar hutan :D










Adik aku yg perasan macho :P









Jeram yg jeles ngan aku. Bhahaha









No komen. Habis basah muka aku -.-









Air nak menyerang! Serang! HAHA :D

Lepas berlawan dengan jeram dan air, kitorang lawat perkampungan org asli. Kat situ, dia ada tunjuk cara-cara membuat api dan bermain sumpit. <- Korang msti tau sumpit tu ^^








Sekitar perkampungan =D


Untuk pngtahuan korang, perkampungan org asli tu, tu kaum Batik. Sebenarnya banyak lagi kaum cuma aku tak brapa ingat dan setiap kaum tu ada bahasa tersendiri. Os tu api kalau tak silap aku.











Aku dan adik aku












Ni belum masa balik lagi ;p


Lepas bergambar, apa semua, kitorang terus berkemas dan balik. Last visit tahun 2009. ;p Minggu terakhir cuti sekolah.

P/S: Sebelum buka lagu yg ditujukan, tutup lagu kat dlm blog ni dulu. Chow n salam! ~ :P Ett! Esok sekolah! Selamat kembali ke sekolah kawan kawan! :D