Sabtu, 23 Januari 2010

Aduhai !

Assalamualaikum w.b.t,



Sambil melayan lagu tema Tasbih Cinta, aku taip sempoi entri kali ni. Aku ingat nak sambung fasal merentas desa semalam (Jumaat). Tapi hati rasa macam taknak, nak taknak kena update. terlebih serius pulak :P

Semalam, aku dah ready steady nak lumba. Pagi-pagi dah, "Takut la untuk merentas desa," Hahaa. Rileks rileks. Belum berlari lagi. Bacaan Yasin beramai-ramai dulu. ;) Lepas bacaan Yasin baru merentas desa. OPP! Belum lagi. Balik kelas, ambil kedatangan dulu. Ambil bekal & air letak dekat kantin. Baru turun bawah beratur, cikgu bagi tip keselamatan dan nasihat, barulah kitorang ready steady. Berdebar nokk!

Masa berlari, aku berjogging dulu. Dalam jogging tu adaa laa ala-ala larian skit. Haha. :P Yeap. Bila dah sampai tapak perhimpunan, eksyen dulu dekat murid lelaki... Haha. Takda laa. Lari jea. Masa tu memang skit lagi nak haus. T.T

Tempat kitorang dah tahuu sebab semalam (Khamis) buat trek merentas desaa. Semalam memang ramai yang lari daripada berjalan. Haha! Bersemangat, kata cikgu. Aku pun apalagi, tersengih laa. Aku pun ada lari skit. Jalan-jalan, lari-lari. Dah sampai, penat. x_x Siot sungguh.



Dalam perjalanan, aku lebih banyak berjalan daripada berlari. Berjalan selama 10 minit. Lari skit. Berjalan lagi, lari lagi. Penat! :

Bila dah nak sampai, aku berlarian dengan Adlina. 'Athifah dah kedepan. Dah nak sampai ke garisan penamat. Bila dah dekat dengan guru yang jaga checkpoint, aku kuatkan semangat lari. Naik bukit doe! Dah hampir sampai, cikgu suruh lari. Aku pun lari. Sampai cikgu ckp, tahun berapa. Aku ckp laa tahun 5. Cikgu bagi nombor dan terus suruh aku tulis nama. Dah tulis nama semua tu, aku masuk ke dalam. Minum airr! Tengok-tengok, 'Athifah pun adaa minum air. Merah muka dia! Haha x)

Tahun lepas aku nombor 11. Cuba teka aku tahun ni nombor apa?
Jawapan ; still 11 !


P/S: Eh, dah pukul 6:09 petang rupanya... :D

Ahad, 17 Januari 2010

Merentas Desa ? Lari !

Assalamualaikum w.b.t,



Fewit. Tak berupdate-update blog budak ni. Hahaha. Cesss.


Aku tahu. Blog aku dah berhabuk ditinggalkan. Hahh? Ditinggalkan? Aku nak edit lah apa yg tak diedit dan aku nak update entri aku nieeyy. :) Ini hadiah entri terbaru aku untuk korang. Yang ikhlas. Haha.

Yeahh, kalau dah sekolah,mesti ada merentas desa, bukann?

<-->

Tahun lepas, merentas desa aku, dapat nombor 11 . Cis. Anis Farhanah yg dapat nombor 1. Aku masih simpan pingat dari dulu sampai sekarang. Tak pernah terusik. CEHHHH. [Banyak la. -,-]

Dulu aku merentas desa, rasa terujaa sangat, sebab masa tahap 1, mana ada merentas desa kan? So, bila dah cikgu cakap, aku terus bersiap-sedia. Jogging, lari setempat. Bila dah sampai masanya, jangan cakaplah. Berdebar, bergetar jiwa, dan macam-macam. Berpeluh-peluh. Haha xD

Nak start lari, fuhhh. Mahunya terjatuh aku daripada ramai-ramai orang tu. T_T Nasib baik takterjatuh, dan aku terus lari pecut. Mulanya lari, mmg terawal macam nombor 2, 3. Nombor 1 takpernah sebab Anis Farhanah yg dah pecut dulu. Jadi, itulah sebabnya kenapa dan mengapa rumah biru teratas bila Hari Sukan.

Bila dalam perjalanan, dah mula semput semput. Penat! Aku pun jalan laa. Jalan jalan jadinya jogging. Bila tenaga dah ada balik, larii~ Walao sungguh.

Dalam lari-lari tu, terserempak pulak dengan kakak-kakak abang-abang sekolah menengah. Kebetulan, tu adalah pelajar SMK Jalan 3. Sebelah sekolah kitorang je. :)




Larian diteruskan lagi ya para pembaca ~

Dah nak sampai, kena lari atas bukitttt! Ya Allah, penatt. T_T Last-last aku dapat lah nombor 11. Syukurr. Dalam penat tu. Haha.

<-->

Tahun ni, aku taktahulah macam mana. Start merentas desa tu hari Jumaat, 22 Januari (Lepas 22 Januari tu birthday kawan aku! :P) Ada masa lagi nak berjogging jogging lari setempat. Hehe.

Ni entri masa tahun lepass punya merentas desa. Tahun ni? Tunggu okey! Tungguuu~

Jumaat, 8 Januari 2010

Tahu Tak ?

Assalamualaikum w.b.t,


Suda 5 hari kita menjejakkan kaki ke sekolah. Benar bukan? :) First persekolahan tepat-tepat suda ada azam! :D Aku tak percaya dah masuk tahun lima! Duh! Haha tahun depan nak UPSR wok -_-





apedaa :P

Sebenarnyaa, masatu lagi aku nak update fasal 5 hari persekolahan aku ni. Cuma, aku ni busy gilaa dengan homework. [CEH!]

Okey, nak start dah ni........

Hari Pertama Sekolah Farahani

Masa tu, aku sedang memakai tudung sekolah. Sekolah mula pukul 7:30 pg. Maknanya pukul 7:00 aku dah start pergi. Mungkin 7:10 mcmtu. :) Rasa tak sabar membuak-buak. Kelas baru, cikgu baru, kawan baru dan azam baru! Bila nak naik bukit terjumpa pulak Sakinah. Dia pun kelas aku tau. ;D Jadi, kitorang pegi laa sama sama. Lepas bersalaman dengan ayah dan ibu aku, terus masuk kelas. Hwoi. Bangunan baru tingkat 4! Isk. Nasib baik kelas hujung sekali. Kalau tak, alamatnya mmg lenguh kaki.

Bila sampai, kerusi takdee....! Nmpaknya kena cari ke kelas demi kelas. Semua kelas takde kerusi lebih... Dan juga kena turun tingkat bawah bagi mengambil kerusi. Dekat sebelah dewan terdpt banyak kerusi. Aku dengan Sakinah keluh lega dan taktau satu lagi. Nasib baik ringan. (Err, yakah?) Haha

Guru klas kitorang guru lelaki, dan, tahun 3 yg lalu, guru aku pun lelaki dehh! :P Heheh. Cikgu tu cikgu baru ya :D Namanya cikgu Hatme. HEHEH

Selepas berpenat, aku pun terus masuk kelas dengan Sakinah. Kitorang dpt tempat depan. Asalnya aku nak tempat belakang (Betul tak tipu!) Lepas cikgu memperkenalkan diri, tak silap aku, semua murid pulak memperkenalkan diri. :)

Msa rehat, aku, Athifah, Ain dan Wan terus ke kantin. Makan time ! Mhahaha :P Okey! Kantin suda banyakk berubah. Pengurus kantin ( ek?) lain, mak cik kantin lain. Tiba-tiba rindu pakcik kantin yg dulu. T_T Terlupa yg Athifah ada ckp, pakcik kantin dah berubah tahun 2010. Dinding kantin pun tak kaler kaler dah.

Lepas rehat, beratur. TINGKAT 4! Athifah dengan aku bayangkan, alangkahnya best bila ada ekskalator (Fuhh! Betul tak?). Lepas tu baru kitorang gelak terkekek kekek. HUH? Kurang?

Taksilap aku, lepas rehat mungkin belajar. Err, taktau lah. Hari Selasa ke hari apa yg start belajar. Guru lain yg pertama ajar aku cikgu Siti Rahmah. Beliau ajar aku Bahasa Melayu. :) Dan diikuti jadual lain lain. Ada Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. Cuma Matematik yg belajar baru semalam. Heheh.


KRINGG!! Loceng berbunyi. Balik timee!

Latar belakang,

First day, mmg rsa cam kekok skit. Tak bnyak ckp ngan org sekeliling. -_- Tpi yg org sekeliling yg boleh ditegur dahulu ialah Syarah Balqis. Kalau dah empat, lima hari sekolah, bising doee! Haha! Jerit sana jerit sini. Rasa mcm perangai dulu dtg balik. Tak berubah ubahh. Penat cikgu melayan kerenah kitorang. Hahaha.


P/S: Berubah lagi! Lagi! Entri kali ni agak mungkin pelik dan peninggg. Sila fahami konsepnya dahulu. Cewahhh. Hahaha.

Ahad, 3 Januari 2010

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Jom baca entri ni. :D Kisah kisah cuti-cuti Malaysia. Ke Pahang! Dan semoga enjoy membaca :)

---------------------








Start sekarang? Jeng jeng jeng....







Mempersembahkan...
Cerita yg panjang..
Dan penuh dengan gambar...
Sekian terimakasih!

Haha. Baca entri ni aku pun taktau bila habisnya. Aku kan suka buat entri yg panjang2?

Pada pagi Selasa yg indah teramat indah, tiba-tiba ibu aku suruh packing baju nak pergi Kuantan. Huh? Pergi Kuantan? Buat ape? Jalan-jalan! Yaww best. Hahaa. Terus zoomm packing baju. Perasaan excited. :P

Kalau pergi Pahang, mesti pergi Kuala Gandah. :) Sebelum tu, perjalanan dari Bangi ke Pahang boleh dikatakan dalam masa 2, 3, 4 jam, kot. Tak pasti dan tak sure. Heeee. Serius, bila dah excited, terus lupa tengok masa. Aduhai si Farahani!

Bila sampai, teruja teruja! Haha. Tak sabar nak tengok gajah. Teringat pun dah macam HAHA :P apa merepek si farahani nih?

Lepas buat apa benda, masuk, stiker, semuanya cari tempat berehat. Ayah, aku, Hanna n Arief tengok anakk gajah. Dah tengok, snapping time! Wheee!













Aku, Ibu aku, Hanna n Arief



Sebenarnya ada lagi gambar yg palingg aku suka tpi ayah aku tak benarkan siar sebab ade gambar ayah aku. T_T









Alamak, malas laa pulak nak rotate gamba ni --


Dah habis snap time, sesi makan/ menyuap gajah makan. Mula-mula anak gajah, seterusnya baru gajah yg dewasa. Erk. Kalah aku tengok gajah tu.







Kau kenal siapakah ini?







Sesi memberi makan kepada gajah :)







Aku dan Ibu aku dan gajah :p








Aku dan gajah =D

Selepas bergambar, menyuapkan makanan kepada gajah =) aku dan keluarga aku balik ke Hotel Sri Malaysia, Temerloh. Heheh. Aku nak mandi hoh. =P Ingatkan ada swimming pool. Lama tak berenang renang. Haha. Best pulak. Sebelum tu minum ptg, tapi dah aku dan adik dan ayah aku lapar gilak, mmg pesan makanan. Lepas tu, jom terjun kolam renang!

Malam kitorang tak dinner kat Hotel Sri Malaysia, tapi makan KFC dan Pizza Hut. Ibu aku belanja laa. =) Ayah aku dah belanja minum ptg yg ada makan makan, jadi turn mak aku la. Heheh!

Esok pagi, mandi, makan dan terjun swimming pool! Haha. Tak serikserik. =P Okey okey.
Ayah n mak aku, check resort. Nak menginap kat mna plak? Heehee. Jawapan untuk kamuu cewah :P
Jawapannya ialah Rainforest Resort. :D

Resort tu dekatt je dekat Taman Negara. ;) Boleh dikatakan dalam. Tapi, sebelum Rainforest Resort, Woodland. Hmm, mesti ada yg penah pegi kann? =]

Bilik dia, mmg cantik lah. :] Luar dea. Adoiyaii. Tapi tak rmai yg menginap kat situ. Adela sesetengah orgg. :D

Malam malam, kitorang keluar nak jalan-jalan amik angin. Tiba-tiba aku ternampak pulak bulan mengambang. Cantik gila. Tambah pulak dengan bintang-bintang. Aisyey. Perut ayah aku sudah berbunyi, makan time. Aku takda selera, minum jea! ;p Dan kat tempat makan kitorang tu, ade Motel. Namanya TVR Motel ke ape. Dah lupa. Hehe. Dan juga kita luar restoran tu ade buaian.







Arief sedang berbaring di dalam buaian. Buai laju laju! Sampai pokok sena. :p








Kaki aku. Haha!


Makan punya makan, akhirnya kitorang balik ke resort. :) OWH bulan tersebut masih ada di sana. Ngeehee. :p

Esok pagi, sebelum balik, ibu aku ajak lah pergi jalan-jalan kat Taman Negara. Takmasuk tapi row row row ur boat. HAHA Kalau naik sampan, mestilah kena pakai jaket kecemasan dan berkemungkinan kita akan basah. ;D









Hanna Mana ;p







Permandangan nak naik sampan ;)

Yess! Aku naik tepi sekali. Sebelah ngun ibu aku laa. Heheh! Tapi korang tau apa yg akan jadi selepasnya setelah aku turun daripada sampan? Basahhh! Menjerit aku bila nak lawan jeram. Whaha. Splash splash. Dalam keluarga aku yg naik sampan, aku paling teruk sekali basah. Sejuk walaweh. Haha. Seluruh!









Aku dan ibu tercinta :p









Sekitar hutan :D










Adik aku yg perasan macho :P









Jeram yg jeles ngan aku. Bhahaha









No komen. Habis basah muka aku -.-









Air nak menyerang! Serang! HAHA :D

Lepas berlawan dengan jeram dan air, kitorang lawat perkampungan org asli. Kat situ, dia ada tunjuk cara-cara membuat api dan bermain sumpit. <- Korang msti tau sumpit tu ^^








Sekitar perkampungan =D


Untuk pngtahuan korang, perkampungan org asli tu, tu kaum Batik. Sebenarnya banyak lagi kaum cuma aku tak brapa ingat dan setiap kaum tu ada bahasa tersendiri. Os tu api kalau tak silap aku.











Aku dan adik aku












Ni belum masa balik lagi ;p


Lepas bergambar, apa semua, kitorang terus berkemas dan balik. Last visit tahun 2009. ;p Minggu terakhir cuti sekolah.

P/S: Sebelum buka lagu yg ditujukan, tutup lagu kat dlm blog ni dulu. Chow n salam! ~ :P Ett! Esok sekolah! Selamat kembali ke sekolah kawan kawan! :D