Sabtu, 30 April 2011

Entri !

Assalamualaikum w.b.t,

Hehe apa khabar pembaca sekalian?

Argh, time tengah nak menaip inilah kering kontang idea T____________T tolonglah saya tolonglah saya. Saya mahuu update (apakah?)

26 April 2011

Saya ada menyertai pertandingan karya kreatif  di PWTC. Oh, masa tu Pesta Buku Antarabangsa. Yang ikut serta saya,  Anis, Azyati, Amira, Akma, Izzudin, Bob, Hana, Husnina dan Rahmah. Pada mulanya saya memang sangat berdebar sebab takut tak ada idea T________________________T (woa panjang punya tangisan) TAPI haa ada tapinya. Saya kena cool. Yeah, bagi memudahkan ilham datang.

Mujurlah gambarnya diberi sangat mudah (mudah mudah pun dapat saguhati. Tapi okey x) ) Masa tu saya kena curahkan idea nak buat cerita jadi menarik. Usahalah Farahani!

Dan, saya lega kerana berjaya menyiapkan karya. Selepas itu, cikgu memberi kebenaran untuk membeli buku dan saya pun membeli belah dengan riang. Jujur, saya sangat terujaaaaaa~

Kawan saya shopping sakan! Banyak benar buku! Tapi yang syoknya, saya dapat berjumpa dengan Kak Ain :D Baik. Agak berdebar di situ....Saya pun ada jumpa seorang penulis buku bertajuk ILHAM, kak Izan Ali. ;)

Saya berkumpul untuk pulang dalam pukul 2. Solat dan makan dan tiba di rumah pukul 5. Hehe :]

Dan..

Habis.

Daripada tak ada idea, terus ada idea cerita fasal PBAKL >< Kongsi kongsi ceritaa... Try guna saya pulakk. Hehehe. Harapnya pembaca seronok membaca entri ini. :)

Tiada ulasan: