Jumaat, 17 September 2010

Aku Maluuu !

Assalamualaikum w.b.t,


Wehh, semenjak raya ni, aku memang malas nak update. Kalau nak update, mesti dekat facebook. Aku sebenarnye nak update tapi, ehem. Korang faham-faham jelah. Huk huk.

Dah masuk blog Kak I ni, tup-tup, dia dah update fasal AKU MALUUU. Ya, dari situ aku tahu contest Aku Maluuu tu. Bila baca tajuk entri tu, teringat masa ujian bulan puasa.

Okey, dekat sini aku nak ceritakan. Satu pengalaman aje memandangkan hanya itulahh yang dapat aku flashback balik. Boleh tak Kak Kila? Boleh ke tak? Boleh ke tak? Boleh ke tak? :P

Situasi pertama, masa ni ada dekat kelas, bulan puasa, hari ujian, habis kertas satu punya ujian. Memang semua bebaslah kan buat kerja sendiri. Cuma cikgu warning awal-awal jangan bising melampau-lampau.

Selain menge-check kertas ujian sesama rakan sebelah, aku pulak boring. -.- Memang tak suka betul boring-boring ni. Heh. Aku pun fikir lah, "Ingatkan nak pinjam buku cerita la. Boring meluap-luap ni. Nak ajak chatting orang sebelah pun, entahnya. Hilang kemana." Bebel aku dalam hati lah. Terus ternampak buku cerita yang memang tiba-tiba memikat aje hati ni. Teruslah mintak pinjam.

Ontheway nak balik ni, muncul pulak kawan nak mintak tunjuk barang kesukaan dia la apa lah. Sebelah aje. Entah muncul dari mana pun aku tak tahu. Dan tak ingin ambil tahu. Agak lamalah jugak aku dok berdiri sebelah dia sambil tangan dah start pegang buku tak sabar nak baca. Lepas tu, guru kelas aku datang, mungkin nak bincang something. Semua duduk, steady nak dengar apa guru kelas aku nak cakap kecuali aku.

Lepas tu, guru kelas aku ni cakap, "Farahani, duduk," Aku pun tersentaklah, ingatkan guru kelas aku panggil aku. Untuk pengetahuan korang, masa tu telinga aku agak sound trouble sebab termasuk air beberapa hari yang lepas sebelum puasa. Jadi aku kedepanlah nak dengar apa arahan cikgu. Mana tahu guru kelas aku tu mintak tolong ke apa.

Bila dah sekerat jalan aje, guru kelas aku cakap, "Duduk," Memang malu ah nak cakap. Semua pandang. Terkejutlah kan tiba-tiba aku kedepan padahal guru kelas aku tu suruh aku duduk T___________T Tiba-tiba aku dapat idea, terus cakap, "Saya nak pergi tandaslah cikgu," Okey, malu gila gila masa tu. Takkanlah nak pusing cakap, "Err, ya kah cikgu?" Nasib baek dapat coverline uhuk huk. Lepas pergi tandas, aku cakaplah dengan sorang kawan aku ni. Dia pun perasan. Yalah, muka aku beria-ia sangat. Mana orang tak perasan. Tergelak lah dia sorang-sorang dan aku maluuu. Mungkin guru kelas aku pun perasan. Tambah lagi maluuu.


Teng terereng!




Jom join contest AKU MALUUU!

Tag tiga orang?

-Mez
-Kak Alya
-Kak Balqis

P/s: Masih dalam mood raya. ;D