Khamis, 31 Disember 2009

Bye 2009 ! Hello 2010 !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !

Dear Sketsa Cerita Aku,


Wkakaka. Berani betul aku buat 'dear' tu. Kononnya nak buat sebiji sejibi diari xP Haha Teringat Jihan dan Hazman!

Hari ini adalah hari terakhir buat duaribu sembilan :( Akan tiba pula duaribu sepuluh. Hmm azam korang apa ek?

Azam aku pada tahun hadapan mmg banyak. :) Hehe. Buat UPSR candidates 2010 aku mengucapkan Semoga berjaya! :D Work smart not work hard. Cewah haha

Aku harapp 2010 ni lebih baik daripada 2009, amin! =) Hehe

Aku baru balik daripada Pahang =D Sekadar jalan-jalan. Bestt haha. Nanti aku cerita entri akan datang. Jangan risau! InsyaAllah harini :) Tak janji ya whai readers sekalian :P

Off selama 29, 30 dan 31 ! =D 3 hari 2 malam huh? =)

Jumaat, 25 Disember 2009

Previous Semalam ! =)

Assalamualaikum w.b.t,

Ehem ehem, kali ini kita berjumpa lagi dalam cerita baru. Yey cerita baru. Haha. Padahal idea tak muncul muncul langsung! Adoilahh. T_T

Aku nak cerita fsl semalam. Okey ke tidak okey ke tidak? Puf! Jom start sekarang jugak.

Semalam punya story.

Ayah aku ajak aku pergi beli buku sekolah. Mak aku kerja. Tanpa melengahkan masa lagi, aku off komputer and then bersiap-siap nak pergi bekfest. Lepas bekfest baru la kitorang pergi sekolah.

Sebenarnya, selain membeli buku sekolah, aku dengan adik aku berdebarr nak tengok masuk kelas apa. Aku lah yg paling ekstrem. Haha. Sambil ayah sedang membayar buku sekolah, kami terus memusing-musing satu sekolah. Serius rindu! :')

Sampailah blok E. Blok baru untuk pengetahuan korang. :D Kat situ, ade la pameran baju uniform. Aku tanye la adik aku, dia nak masuk persatuan ape. Dia ckp dia nk masuk Pengakap. Esh biar betul budak ni. Haha

Lepas pusing satu sekolah yg dicintai, aku dtg balik ke kedai buku. Ehh? Satu perubahan berlaku. Mana ayah aku? Ohh tidak. Kereta ada. Aku dengan adik nakal aku terus lari dekat papan tanda yg penuh dengan kertas kertas. Act, tu kertas kelas 2010. :D

Bila aku nak dekat, ayah aku cakap, aku masuk kelas 5 Ixora. Series? Aku takpuas hati check balik. ALHAMDULILLAH. Haha. Syukur! Yg aku ingat, kelas 4 Ixora yg masuk 5 Ixora ialahh jengjengjengsangat :p "Wan, Irfan Khairil Anuar, Muhammad, Norain, Putri Alya Zubaidah, Syarah, Naim." Tu jea yg aku ingat. Yg lain2 semua yg daripada kelas lain.

aww Norain, Cikgu Maryanti dan Fezal.



Adik aku dpt masuk kelas 4 Orkid. :) Wow kelas baru! :D

Dah tengok jadual semua, aku terus ke Kajang nak beli barang. Aku dah beli peralatan sekolah, kasut dan beg. Tapi uniform sekolah belumm lagi. ;D Beli dengan mak aku nanti. Adik aku takdpat beg sebab dia dah ada beg baru. Faham tak? Hehe. Dia dah bertukar ganti tahun ni.

Skang ni, tema warna beg aku putih pulak. Ye lah, tahun ni dah biru. :D Tahun 2011 nak beg warna ape ek? :P

Dah cari peralatan sekolah, balik. Aku pun dah penat ni. Hehe. Eyp! Sebelum tu, kitorang singgah makan. Aku makan laksa je. :D Cendol + Laksa. Ayah aku, Rojak + Cendol. Adik aku, Cendol sahaja. Haha. Dia dah kureng makan dah skang. ;)

Menuju ke destinasi yg seterusnya iaitu rumah! Hahaa. :D Oklah pembaca sekalian. Skang dah pukul 11:05 malam ni. ^^ Perut pulak berbunyi. Hehee. Hope you enjoy reading this entry. :) Bye! 20090623d03

Selasa, 22 Disember 2009

Cerita Aku & Mereka Bahagian 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!

Yeaaa kita berjumpa balik. Cuaca kat sni panas petang sudahhh lari topik Haha. Okey lah. Bersambung balik cerita yg nak tamat semalam ya :D UPDATED bunyinya Ha ha ha ha Hi hi hi hi Hu hu hu hu Ho ho ho ho apa kehe dah kena memori tahun 1?-_-

Sambil bertemankan lagu Cinta Ada - Jacklyn Victor, Sheila Majid n Karen kong, aku menaip entri yg betapa nak panjang. Taktau lah. Ikut nanti tamat cerita ni :P Blog aku dah berubah muka, :D Nak buat colorful tpi mcam keliru. Aku reka pun pening pening -_- Jadi yg ada dlm minda aku ialah template ini (: Sori klau tertiru korang punya, mmg tak sengaja. Klau berlakunya kesilapan teknik, atau apa2 sila bagitau aku segera ok? Nnti aku edit secepat mungkin!

-Episod mula-

Bisik; Ni episod akhir ya buat entri Cerita Aku & Mereka. Aku pernah buat sampai berbahagian ni ^^ Cuma jarang. Klau boleh aku nak buat terus takmauu tangguh. Tpi skang mood dengan malasnya aku buatlah entri ber-bahagian bahagian. Selamat membaca dan minta maaf segala kata kata yg menyinggung hati ketika anda sedang membaca entri ini. Mmbca jambatan ilmu, bukan? Ayuh!


Sambungan,

Lepas sampai tu, berkebetulan perut kitorang dah berbunyi. Lapar lapar laparr. Naik basikal entah satu jam agaknya. Ataupun setengah. Sebelum sampai, sempat lagi abah singgah ke gerai banyak. Kitorang mintak air kelapa n ibu ayah kitorang beli keropok lekor, pisang goreng dan macam-macam lagi la :) Mmg haus betul2 haus masa tu :D

Dekat umah Encik Junaidi ada nenek kitorang dengan datuk kitorang. Tak lupa kakak nenek aku pun dtg sekali (: Aku ngan Nad cakap "1 Happy Family at home" heheh.

Aku, Ain & Nurul layan air susu jelly :)) Sedapp. Dlm tu ada jeli. Susu pekat manis + Jeli tak silap aku. Lepas minum, makan nasi. Aku makan lauk tak banyak, ayam masak merah je. Aku mkan keropok lekor lagi. Makan punyalah makan, and then aku, Ain n Nurul tertido. Heh.

Lepas zzzz balik :D Ye laa. Nak berehat, berkemas. Apa lagi, balik teruss naik atass. Arief biasa lahh kan? Dengan Habbo > Granny100 dia tu. Apa macam?

Aku takdpat main komputer lagi! Lagilagi Nad! :P Haha. Layan game jelahh. Kitorang layan game lumba kereta. Siap boleh buat drift lagi. Aku mmg takpuas hati dengan budak yg berumur 14 tahun ni ;p Dia asyik2 dapat Style Master tpi aku? Ciss ciss. Tkpe kau Haha.

Sampai petang laa kitorang layan game tu. Aku taklayan sangat. Aku sekejap main komputer sekejap main game. Aku kalau main komputer bukak ni >> klik Kononnya aku bukak butik lahh. Haha :p Rekaan aku semuanya simple je ^^ Tak mcam orang lain punya. Cantik..

Smpai dah malam pun still lyn lyn. Lepas tu, bergema bunyi di bawah turun sebab ada K.F.C. Wahh, bergegas semua turun. :D Hohoh. Makan makan makan, Nurul ke siapatah, yg suh bukak Idola Kecil 2. Aku ingatkan dah habis. Rupa-rupanya masih panjang perjalanan. Tengok jela. Sebenarnya aku bukannya suka sangat tengok IK ni. :) Best jugak. Hehehe. Cuma aku taksuka sorang ni dikeluarkan. Nurul namanya ^^ Dulu pun Fienaz keluarr. Padahal suara diorang ok. Adoii nak buat macamana kann?

Aktiviti tersebut dilayan oleh kami sehingga habis. Puas hati dapat tengok siapa yg keluar siapa yg tak. =D

Lyn balik game dan komputer tu. =) Smpai la mak aku suh tido baru kita tido. Yau sleep time! Tapi masalahnya, kitorang masih lagi berbual2 smpai tertido. Aku yg aktif lagi sebab takboleh tido. Haha. Tido jelahh. =p

Smpai lah esok diorang balikk. Best best best betull dpt gi Putrajaya ngan diorang, makan KFC ngan diorang. Ishh, susah nak buat mcam tu. Berlaku tnpa disengaja banyak laa tak sengaja Haha. Ok ok. Aku nak tutup entri ni. =) Selamat membaca, sekian n wassalam..

Isnin, 21 Disember 2009

Cerita Aku & Mereka Bahagian 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh! :)


Wau, tak update update blog ni. Haha. Bosan bosan betul blog ni -_- Hohohoh. Sebagai gantinya aku hadiah kan korang entri hari ni. Cepat baca! :P Hahaha.

Hari Jumaat adalah hari yg boleh dikatakan okey jugakk. :D Masa tu, secara dengan samanya Encik Hafiz Spupu aku daa dtg untuk berborak tenaga masa kini? Haha. Maksud aku berita laa. Hehe. :D

Selepas Encik Hafiz balik, aku ber-ym dengan ummi makcik ya :) Kebetulan beliau online. Klik nama dan setelah memberi salam apa semua, terjah mcam Melodi tu :P Haha. Diorang cakap, diorang akan datang malam ini juga. Tapi selepastelah ke rumah cik Fendy adik ibu ^^ Hehe. :D Aku layan laptop/pc sementara nak tunggu diorang last terlast aku zzzz.. Yelaa weh, tunggu diorang lama gila. Hukhuk. Sampai dalam pukul 1 macam tu.

Masa diorang dtg, diorang Ain, Nad & Nurul kejutkann aku. Eysh diorang ni. Aku nak zzzz pun kena kcau jugak kaa? Haha. Takpe la. Lagipun bibik aku yg panggil. :) Dia kata geng aku dah sampai. Patut la aku senyum melarat setelah aku berchat-chot ngan ummi tadi. Geng dtg rupanya..

Tapi, aku tidakmenahu pulak Nad nak dtg. Nmun, aku biarkan je perasaan aku. Mungkin mak dia bagi agaknya. :D Dan aku, Ain, Nad, nurul terus terkedek kedek naik atas. Its sleep time! Walaupun begitu, aku ngn diorang tak tidoo *_* Tido dlam pukul 1, 2 pagi cam tu la. Sebab aku dengan geng aku ni tido suda biasa tido lambat. :D Kitorang berbincang la fasal sesuatu. Berborak sakann sebab dah lama tak dtg. Hehek. Lagipun aku takesah langsung. Hehe. Dekat rumah Nurul/Ain pun aku tido lewat sebab tengok cerita hantu. Hohoh.

Esok pagi bangun, solat Subuh ya tuanpuan :) Mandi lambat lagi. Ade yg bukak komputer laaa game laaa. Nad layan game, aku layan komputer n game. Nurul layan komputer, Ain layan komputer. Yg aku geramnyaaa aku sentiasa takdapat main komputer sebab Habbo.

Geng di Jinjang,


Aku dah agak benda alah tu mesti dpat daripada Muhammad Arief yg kononnya arif dalam Habbo. Cesh. -.- Sengal betul budak tu. Haha.

Lepas tu, aku ajak la diorang mandi. Semua dah mandi, smbung balik ;p Orang bawah jeritt, makan. Tpi kitorang takmau. Lepas tu mak aku beritau camni " Nak pegi Taman Wetland takk?! Naik basikal? " Semuanya teriakk dow. NAK NAK NAK! Yg Ain tu NAK tapi dia tanya, " Weh, nak ape wehh?" Haha.

Bawak la makanan sbab kitorang kan, kanak kanak sja :D takmakan lagii? Hoho. Nasi lemak adaa, bihun adaa, tpi air asam. Sedap la wa cakap. ^^ Air sejuk sejuk pulak tu. Hihi.

Setelah kitorang kekenyangan, mak aku suh la aku jalan jalan pegi bangunan yg boleh tengok sekeliling taman tuu. Tpi terlupa la nama bangunan tu. Isk isk Haha.

Bila dh smpai, serius gayat weh. Nad n Nurul dengan beraninya naik atas. Nurul setengah jalann je. Tpi Nad tu berani mati x__x Haha :P Aku pulak sampai tingkat 2 taksilap. Sme la ngan Ain n Arief. Tpi budak kecik Faris okeyy je. Berani gila budak ni. Haha. Siap kejutkan orang nak naik lagi. -.-' Hehs.

Dan, aku memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke bangunan atas. Nad kta sejuk! Mmg sejuk bhaii! :D Best betul dok atas tu. Lepas tu aku ckap la, " Eh, napa takbuat makan2 kat sini?" Hekkau Farah! Bangunan tu takboleh lebih dari 20 la. Haha :p

Sambil2 tu, kitorang dengar la lagu smbil amik gmbar. :) Tpi semua gmbar kt HP Nurul. Smpaii la kitorang turun. Ain baru separuh jlan nak ke tingkat atas dahh kena pusing balik. Dah terlambat dahh. kejam betul aku haha

Dah smpai ke tempat yg dituju iaitu pondok di tasik bangau erkk aku ckap la mak aku, bila basikal nak smpai? Sebab, pukul 12:00, 1:00 petang dah ada basikalnya. Then, mak aku suh la packing semua, lepas tu naik keta. Tengok tengok ada 2 buah basikal dua seat, 2 buah basikal 1 seat.

Aku & Nurul: 2 seat
Nad & Ain : 2 seat
Arief keju : 1 seat
Faris berani : 1 seat

Pada mulanya, nak dijadikan cerita, aku dengan Ain. Tpi abah siapaa kenal ekk? :D Cba pegi post raya ;) suh senior satu junior satu. Yeahuu best bhaii. Haha. Tpi naik la sape2 pun. Semuanya best!

Aku ngan geng aku termasuk budak berani ngan budak keju tu :P buat demo. Antara boleh atau tidak. Ain & Nad mmg takboleh handle. Haha. Sebenarnya aku kesian tpi apakan daya. Cis ayat terlebih tuu :p Hohoo.

Masa dlm perjalanan, nak pgi pondok tu balik, ada bukit. Jadi aku & Nurul dengan best gila melepas kan kaki daripada mengayuh. Hehee. Berangin. Dengan automatik aku memotong Arief keju n Faris berani dan diorang bising la kat belakang. Brek guna kaki. Sngat tak ptt. Haha. Berbulu kasut tu.

Kitorang brekk dekat perhentian bas. Tunggu Nad & Ain & pengawal kitorang. ^^ Hehe. Tiba2 secara terjadi basikal Arief tertanggal rantai basikal. Abah dengan segera tlg membaiki dan kmi terus melancong smpai ke hujung taman. :D

Msa nak balik, dkat pndok tu lgi kitorang kena turun bukit lagii! Masa nk turun tu, untuk mengelakkan kebosanan yg melampau, aku menyanyi la. Lagu Manisnya Senyumanmu. Salah lirik lantakk. Haha. :P Tiba2, si Nurul ni pulak mcam terlanggar sesuatu, tengah syok2 aku nyanyi tetiba kaki aku terkena kayuhan tu. Adoii laaa. Sakit. Lpas tu aku mrah skit2. Ishh. Tpi takpe la. Aku still okey. :D

Muncul pulakk Ain & Nad! Woit. Melebihi! Ciss. Hehe. Msa tu pulak hujan rintik2. Deng! Arief n budak berani ada kat blakang. Kali ni, rantai basikal budak Faris tu pulak yg tercabut. Apalagi, aku pusing. Kitorang dah la sedang haus air mineral. Aku suh pusing2 minum air. Kot kot ade ke air mineral. Tpi hampa hatiku, takde. Tkpe, minum jee! Dua gelas singgit :P

Balikk balikk. Tu la teriakan aku yea :D Haha. Sengal betul aku ni ;p Pulangkanlah basikal itu dan menuju ke destinasi seterusnya, iaitu rumah Encik Junaidi a.k.a Cik Mamat :D

Agaknya post ni nak buat smbungan tak? :D Tunggu sambungan seterusnya ya! (:
Maaf segala kata2 yg menyinggung perasaan :)

-SALAM!-

Jumaat, 11 Disember 2009

Memories Of 4 Ixora

Assalamualaikum w.b.t,


Dekat sini, aku nak ceritakan masa aku dengan 4 Ixora di SKJ3. Kak Dayah n Kak Qilah mesti kenal :) Hehehe. Terima kasih kepada cikgu Maryanti sebab dah tag saya dengan gambar ni di FB. Jasamu ku kenang cikgu =]






Memori pertama.





Jamuan Raya 2009 (4 Ixora)


Ni la yg aku cakapkan yg aku kembar dengan si Wan tuu ^^


Masa ni la jamuan raya dekat sekolah aku tu ^^ Hehehee. Inilah gambarnya! Scroll bawah untuk banyak gambar :)




Ni la tangkapan yg kedua. Yg pertama nanti aku upload. Hee. :D Eyshh Faizal tu menyibuk betul :P Haha.



Ni hero cikguu. Dan jugak budak lelaki yg nakal tapi baik :D Haha. Tapi takpe. :) Aku pun sekali sekala garang dapat jugak gelak ngan budak lelaki sebelah aku. Haha. Aduhh Berebut semua nak amik gambar :p



Haa, yang ni baru pelajar perempuan. :D Yg lain ada lagii. Hehe. Yg belah kanan warna biru tu laa yg kawan karib aku kat scola :)


Ini diaaa ketua koir kelas aku. :D Hehehe. Nama dia Adam. Dia KRS dekat sekolah aku. Tahun depan cikgu lantik dia jadi pengawas.. :)



Updated 1:16 p.m

Yg ni pulakk sesi bergambar lagi. Hehe. Cikgu sebenarnya nak amik gambar buat yg belumm amik gambar ^^ Tapi aku ngan Fezal sibukk haha. Kawan aku semua berang ngan aku doww. ;p Cakap, " Eh, Farahani! Kamu dah lah!" Pelbagai suara menerjah tapi aku buat takesah je. xP Kan Fezal? Hahaha.




 Ahahaha. Aku terlindung disebalik rambut Fezal. Huh? Haha ;p 2 orang budak lelaki ; Zul Haziq, Fezal.
Sebelah cikgu, Wan, Khairyani, Aku. Belakang aku yg kat dinding Sakinah dan betul betul belakang aku Siti Farahiyah. Haa tu la pengakap kat kelas aku. ;D



 Yg ni pulakk,tiga kawan serapat. Serius, nak rehat, mesti pergi ketiga-tiga semuaa. Haha :P Wardina, Puteri dengannn.... erkk tak ingat laaa pulak nama. =.= aku buat kecoh kat belakang. muncul lagi Fezal. Haha

Sebenarnya ada lagiiiii. xD Cuma nanti nanti aku simpan dalam komputer aku.  :)




Memori Kedua.



Pertandingan Koir Semasa Hari Kebangsaan 09

Kalau yg ni, tak banyak sangat gambar dia. Tapi tu la kumpulan koir akuu. Hehe xD Masa tu kitorang buat persembahan sebab juara :) Hehe.


Yg ni, barisan perempuan. :D Aku kedua dari kiri. Sebelah Norain. :) Masa nak tengah make up tu, semalam sebelum persembahan, Athirah Yuseri, dua dari kiri, tak dtg. Akhirnyaa dia datang jugak hari ni. :D Syukur! Haha. :p Mmg suspen sebab kitorang tertunggu tunggu kedatangan Athifah Yuseri dan akhirnya dia datang. Horeyy!



Ni la kumpulan koir akuu. Yg Naqidz, kanann sekali, pun sama macam Athifah. :p Hhehe. Tapi alhamdulillahh semuanya dtg dan sempurna sudah persembahannya! Yay! ;D



Berapa lagi murid tak masukk. Hehes. :D Muncullahh 2 pengacau tadi iaitu aku n Fezal ;p Haha.

Okey! Sudah berakhir entri memori aku. Sememangnya rindu dengan diorang ni. Humm, taktau la tahun depan sama kelas ke tidak? Aku berdoa sangat sangat supaya kitorang masuk kelas yg sama, dan juga murid-muridnya sama! :( Lebih lebih lagi dengan Ain, Wan n Athifah! Haha. Cikgu Maryanti tak ajar kami lagii. Uhuk ='( Beliaulah cikgu yg mmg sporting masa mengajar kamii...

Selamat Malam dan selamat membaca! :D Hehehe. ;)

Ahad, 6 Disember 2009

Open! :D

Assalamualaikum w.b.t,




Yeaa. Akhirnya, blog ini telahpun di publickan. :D Alhamdulillahhh.. Dapat juga buat 3 kolum setelah lama mencuba. Dan tak ada kesilapan seperti terkurang komen ke apa. :p Haha. Hari tu cuba, semua komen habis hilang! Gelabah weh. Haha.

Seperti biasa, aku akan menyegerakan update. :) Post baruu. Tapi tak ada idea laa. :S Nak buat cerita apa? Ergh.

Semuanya baru kot. Hahaha. Tapi cara edit sama laa. :D

Buat pengetahuan semua, saya memerlukan lebih daripada sehari untuk memikirkan layout baru. :p cewah banyak la dia. Haha. Semuanya aku dah kemaskini. Cuma twitter je aku tak bertwitt twitt atas sebab sebab tertentu. :) Hehehe.

Selamat Datang ! Kedatangan anda amat dialu-alukan. :D


Tutt tutt post ini adalah post yg mengalu-alukan kedatangan kamu semuayelaa tuh ;p Harap maklum.

Rabu, 2 Disember 2009

Giveaway :)

Assalamualaikum w.b.t,




Nenonong. Aku update kembali. I'm back for update. Hahhaha. Ok merepek je. ;p heh.

Malas betul sekarang aku nak buat entri baru fasal hari ni. Hahahaha. Yelaaa. Idea tak muncul2 uhuk! Skang muncul entri untuk giveaway je. :) InsyaAllah cerita hari ni akan aku updatelah. Mungkin cerita dia isi kandungan agak merapu2 hehee. :P

Sape punya GIVEAWAY ni? Yaaa ini adalah GIVEAWAY Kak Nasuha sempena entrinya yang ke-100. :D Tahniah kak! :D

Nak masuk juga? Ohh boleh2 jangan risau. :D


KLIKLIKLIKLIKLIK.



ini kad yg saya suka.kreatif :D


Gambar semua oleh Kak Nasuha. :)