Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru ^^,

Assalamualaikum w.b.t,



Hehehe. Ini hasil kerja aku tapi taklah secantik mana. Ada masa sikit, buatlahh. Tapi ini ikhlas daripada sayaa :D

Selamat Hari Guru buat guru yang telah mengajar saya dan semua guru. Time-time macam nilah aku teringat masa buat sambutan dulu. T_____T

Klik sini kalau mahu tahu sambutan yang dinyatakan pada Sekolah Kebangsaan 2009.

Klik sini dan sini kalau mahu tahu sambutan yang dinyatakan pada Sekolah Agama 2009.

Memang sedih gilaa tak boleh buat sambutan macam tu tahun ni. Yeah, hari guru sekolah kebangsaan lama lagi. Hari guru sekolah agama, lagi sehari. Syioknyeelah.. :D

Boleh bawa kameraa! Hahaha. Ecxited gila. Tapi handphone memang takboleh bawa laa. Ustazah cakap boleh bawa kamera je. Ada yang lebih-lebih nak bawa laptop. Menunjuk-nunjuk ke apa hah Irfan hoi?

Tahun ni, persembahan kitaorang lain sikit. Mungkin tak buat lakonan lagi dah. Sebab ustazah taknak buat macam tu dan mungkin tak sempat. Ustazah cakap lagi bagus buat sajak macam tahun lepas. Aku on aje, yang nasyid, kawan-kawan perempuan aku nak. Tajuk yang diorang nak[lah] sangat Demi Matahari. Heh? Okey. Aku kena ikut. Tapi kan, aku dah cakap dengan diorang sambutan raya kita buat lain.

Hari Selasa ni, macam tak sanggup nak tunggu! Sebab, lagi sehari! Kalaulah boleh langkah hari Isnin dah terus hari Selasa kan baik? Merapu sangat.

Nak buat persembahan apa ni? Nasyid? Sajak? Pantun? Gurindam? Haihh. HAHA :P

Apa-apa pun, straight to the point, aku nak ucapkan ucapan diatas kepada cikgu-cikgu aku dan ustazah/ustaz aku. Terima kasih sangat-sangat! Walaupun dulu aku blur, aku tetap boleh dapat nombor top 3.

Errk, lupa aku nak buat edisi Selamat Hari Ibu punya. Sorri sorri. Tapi, jasa ibu tidak boleh dibalas kan? Kakak sayang ibu (:

Terima kasih cikgu! (: [Ikut ala-ala suara iklan untuk Hari Ibu yang ada Mia Sara Nasuha tu :P]

Sabtu, 15 Mei 2010

Entri Khas : Giveaway from Sararisa Craft

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat tengahari semua. Hari ini, ada entri khas yang memang khas. Ia adalah satu giveaway. Daripada siapa? Cik.Sararisa ^^, Semalam aku tengah blogwalking. Tiba-tiba jumpa giveaway ni. Rasa macam nak masuk, erm masuk sajalah. Nak tahu giveaway dia apa?

Tara~!
Teruja? Nak serta? Comel?

Ohh, boleh saja. KLIK : http://sararisa-craft.blogspot.com

Tarikh tutup giveaway ini 18 Mei 2010 pada pukul 8:00 malam.
Okey, jumpa pada entri seterusnya! (^^,)

Sabtu, 8 Mei 2010

Hasrat Tak Menjadiiii !

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat malam selamat malam. Meh aku nak ceritakan satu cerita yang baruu je jadi tadi. :P

Ala-ala Chipsmore sekejap hilang ye takk :P


Malam ni, tanpa disangka-sangka [Cehhh ayat memang takleh blaaa! XP] mak aku nak buat biskut. Hah hah? Cakap dalam omputih, cookies. XD

Tapi, tapi, tapi, ringkas sahaja resepinya.

Untuk pengetahuan korang, inilah kali kedua aku buat biskut. Okeyy aku tahu. Aku tak rajin buat sebab mak aku sibuk. Tak kisah laa. Janji tertunai hasrat aku selama ni. [Ewahhh, hasratt! :P] Lepas cakap, terus la menyebukkan diri. Okey jangan emo. Bukan dia sorang je yang buat. :P

Tumbuk tumbuk itu marjerin [lagi baguss guna mentega] dengan telur, masukkan serbuk biskut. Tumbuk lagi. Perut bunyiiiiiiii T_T

Operasi tumbuk sampai jadi doh :D

Okey lepas jadi doh, mari kita kasi bulat itu doh dan lenyekk! Padan muka hang :P Tapi mak aku bagi extra BADAM. Sett!

Lepas tekan switch on, tik tik tik waktu berdetik macam tu lah bunyi dia. Tak berapa minit dah...

BLACKOUT!

Aku akui, benda automatik yang pertama sekali takboleh ditahan pada kali pertama blackout adalah menjerit "AAAAAA" dan duduk diam diam. Takut. Lepas menjerit "AAAAAA", baru aku rileks balik. Haish apa masalahnya ni?

Bukak lagi switch oven, okey macam biasa. Tik tik tik dan belum beberapa saat, dah....

BLACKOUT 2nd!

Kali ni aku diam. HAHAHA.Terkedip kedip terkedip kedip mata aku. Ayah dah bukak balik switch. Bukak balik oven.

Dah....

BLACKOUT 3rd!

Pergh! Dah 3 kali! Mak aku panggil ayah aku dan diorang ckp fius macam terbakar apetah. Mungkin digigit tikus. Huaaaa.

Ayah aku suruh jangan pakai lagi sebab mungkin akan ada BLACKOUT yang keempat. Waah sungguh banyak kali terblackout. Aku, no comment.

Mak aku dah cakap dengan aku, esok aje okey. Aku diam, mungkin nak faham faham faham sajelah ape mak aku cakap. No respons. Esok. :)

Tiba-tiba aku teringat satu raksasa ni:




Hello Raksasa Biskut! :D


Sungguh comel. Rasa nak culik aje. HAHA.

P/s: Esok hari ibu kann kann? Okey! SELAMAT HARI IBU! :D Semua gambar telah saya google. Kredit pada google :)