Sabtu, 27 Mac 2010

Hari Anugerah, Ko-Kurikulum

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, aku tarik nafas lega bila dah buat entri. Hehe. Tak apa-lah. Aku nak ceritakan dekat kamu semua apa yang berlaku pagi semalam.

Pagi semalam, macam biasa ada aktiviti ko-kurikulum. Cuma Persatuan tak ada. Sebab kata cikgu Shamsudin, cikgu tak cukup. Aku melopong tanda faham.

Dan pagi itu juga, ada hari anugerah. Siapa kakak-kakak abang-abang yang dapat 5A dalam UPSR tahun lepas datang sebab ambil anugerah. Aku boleh jumpa kakak-kakak tahun lepas! ^______^


[Ni video yang ke-2 aku berjaya buat. Hore!]


Masa anugerah tu, ramai laa yg aku jumpa. Kak Fara Asyikin, Kak Adlin, Kak Munirah, err. Ramailah.

Aku nampak diorang tengah siap-siap pakai seragam yg dapat anugerah tu. Sebelum tu, aku sukan dulu.

Sukan hokii. Hmmm, lupa aku nak tukar bahagian pengenalan diri. Kitaorang main menggelecek bola, ya tak? Heeee. Lepastu, lawan. Kumpulan kitorang lawan dengan KakYanti's group. Main, gol main gol. Hehehe.

LAWAN lagi dengan yg menang. Waaah, takut gila. Cikgu cakap, "Yang menang kena lawan dengan lelaki," Heh!

Aku, Syahmina, Hidayah terus basuh muka. Kitorang tak tengok perlawanan tu. Tengok masa nak tamat jea. Mata Syahmina masuk lecak. Berapa kali dia cakap. Dan, masa kitorang nak basuh muka tu.... Eh, belum lagi!

Masa kitorang nak susun kayu hoki dalam stor sukan, aku terdengar lagu Aku Burung Tiung. Ahli Orkestra. Dulu, masa tahun 4, pernah aku nak masuk. Tapi aku tak pandai main keyboard. Rekorder tu adalah sikit-sikit. Hehehe...

Aku dengan Syahmina berebut nak masuk. Semakin kebelakang, semakin ramai. Geram betul aku. Aku & Syahmina terus ke kantin. Aku pun dah haus. Hidayah pergi sain buku ko-kurikulumnya.

Rehat macam biasa, tunggu kelab. Dan terus balikk~ HEHE

4 ulasan:

M E Z berkata...

lawan ngan laki..ganas oww laki main.. silap haribulan kayu hoki tu bukan kena bola hoki tapi kepala sebab depa ingat tu bola.. haha (melawak je)

Huda Ibrahim berkata...

wahh! sedap lagu tuh.

Farahani berkata...

MeZ,

Memang ganas. Kawan main harituh terkena bola hoki kat tangan. Sakit gila katanya.

:D

Farahani berkata...

Huda,

Terimakasih yaaa =D