Sabtu, 8 Mei 2010

Hasrat Tak Menjadiiii !

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat malam selamat malam. Meh aku nak ceritakan satu cerita yang baruu je jadi tadi. :P

Ala-ala Chipsmore sekejap hilang ye takk :P


Malam ni, tanpa disangka-sangka [Cehhh ayat memang takleh blaaa! XP] mak aku nak buat biskut. Hah hah? Cakap dalam omputih, cookies. XD

Tapi, tapi, tapi, ringkas sahaja resepinya.

Untuk pengetahuan korang, inilah kali kedua aku buat biskut. Okeyy aku tahu. Aku tak rajin buat sebab mak aku sibuk. Tak kisah laa. Janji tertunai hasrat aku selama ni. [Ewahhh, hasratt! :P] Lepas cakap, terus la menyebukkan diri. Okey jangan emo. Bukan dia sorang je yang buat. :P

Tumbuk tumbuk itu marjerin [lagi baguss guna mentega] dengan telur, masukkan serbuk biskut. Tumbuk lagi. Perut bunyiiiiiiii T_T

Operasi tumbuk sampai jadi doh :D

Okey lepas jadi doh, mari kita kasi bulat itu doh dan lenyekk! Padan muka hang :P Tapi mak aku bagi extra BADAM. Sett!

Lepas tekan switch on, tik tik tik waktu berdetik macam tu lah bunyi dia. Tak berapa minit dah...

BLACKOUT!

Aku akui, benda automatik yang pertama sekali takboleh ditahan pada kali pertama blackout adalah menjerit "AAAAAA" dan duduk diam diam. Takut. Lepas menjerit "AAAAAA", baru aku rileks balik. Haish apa masalahnya ni?

Bukak lagi switch oven, okey macam biasa. Tik tik tik dan belum beberapa saat, dah....

BLACKOUT 2nd!

Kali ni aku diam. HAHAHA.Terkedip kedip terkedip kedip mata aku. Ayah dah bukak balik switch. Bukak balik oven.

Dah....

BLACKOUT 3rd!

Pergh! Dah 3 kali! Mak aku panggil ayah aku dan diorang ckp fius macam terbakar apetah. Mungkin digigit tikus. Huaaaa.

Ayah aku suruh jangan pakai lagi sebab mungkin akan ada BLACKOUT yang keempat. Waah sungguh banyak kali terblackout. Aku, no comment.

Mak aku dah cakap dengan aku, esok aje okey. Aku diam, mungkin nak faham faham faham sajelah ape mak aku cakap. No respons. Esok. :)

Tiba-tiba aku teringat satu raksasa ni:




Hello Raksasa Biskut! :D


Sungguh comel. Rasa nak culik aje. HAHA.

P/s: Esok hari ibu kann kann? Okey! SELAMAT HARI IBU! :D Semua gambar telah saya google. Kredit pada google :)

4 ulasan:

M E Z berkata...

hehehe.. kelakar farah cerita. tapi suka =)
Apakata buat kek pulak! pastu kasi mez makan. =P

Syaima' Mohd Noor! berkata...

comel3

Farahani berkata...

MeZ


Hihi :D
Idea tu akan dipertimbangkan.
Kalau MeZ nak, meh la datang Selangor! ^^,

Farahani berkata...

Miss Bling Bling S,

Comel comel ^^,