Sabtu, 27 Februari 2010

Karnival Gaya Hidup Sihat BHG 2

Assalamualaikum w.b.t,


Lama sudah menghilangkan diri. Ini kerana ayah telah menyimpan wireless internet dann.... Tak boleh buat apa-apa! Diam dalam diam ada banyaakk cerita. Tak kira cerita apa. Nak luahkan kat sini rasa macam tak boleh. Takpe la. Try try dulu. Nak buat ber-double entri hari ni.

--------------------------

 Aktiviti dijalankan sehinggalah tamat waktu sekolah. Sebelum kitorang balik terus,  kakak UPM tu ada bagi cenderahati atau cenderamata. Dapat, puzzle, pen hitam, brochure pemakanan sihat [Berkeping-keping dapat. Banyak =)], file, Alat ukur BMI dan magneto Piramid Makanan. Beg pun! Hehe.


Keesokan harinya.

Aku datang dengan baju sukan. Ramai datang dengan baju sekolah. Diorang cakapp, hari ini tiada pakai baju sukan. Aku tak kisah apa diorang cakap. Tengok tengok, memang betul ada sesi Senamrobik tapi bukan yang dibuat oleh pesenamrobik sekolah. Tapi dari kakak UPM. Sebelum tu, diorang ada cakap-cakap laa. Kitorang dah ready. Ready betul-betul ready. Lepas tu, abang yang set lagu dah tekan on.

Lagu dia ialah.......

"Nobody!"

Masa sedang bersenam robik sakan, aku menyanyi yang aku tahu. Kawan aku dah bising. Suruh aku diam. Hehehe. Aku menyanyi lagi dan jugak. Second punya, dua-dua lagu kumpulan korea.

"SuperGirl-Super Junior M"

Patutlah macam aku kenal lagu niee. Berpeluh aku buat. Kawan aku cakap, "Ni baru real warm-up," Aku tak kisah. Aku ikut apa diorang buat. Tapi aku ada tersilap step jugak. Heee.

Sesi bergambar. Klik! Klik! Hehehe.

***************************

Aku banyak enjoy termasuk tengok cerita santau. Setengah je. Hehe. Terkejut laa nak tengok. Jadi tutup mata jela. =P



warna-warni tak kelas kitorang =P

P/S: Aku ingat nak update lagi laa. Apa rasa korang?

Isnin, 15 Februari 2010

Karnival Gaya Hidup Sihat Part 1

Assalamualaikum w.b.t,

 
Nomiiii~

Ehem ehem, hehe. Lalala~ Suara dengarkanlah aku, apa khabarnya pujaan hatikuu~

Seperti yang sedia maklum, tajuk di atas, menunjukkan bahawa minggu lepas, dua hari ada Karnival Gaya Hidup Sihatt! Wahh, mana taknya. MERIAH satu sekolah. Lepas rehat, baru tukar baju. Tapi kitorang ni, tak tukar bajuu. Hehehe. Dua hari berturut-turut. Hari pertama, sebab ada kakak UPM bagi ceramah kesihataan. Fasal makanan yang tak baik untuk kita, and macam-macam lagilahh. Ni nak cerita fasal karnival ni,

Hari Rabu, pagi-pagi lagi dah set dengan baju sukan, seluar trek. Jadual untuk hari Rabu dah tukar. Pagi-pagi ada Gaya Hidup sihat iaitu Senamrobik. Dengan ahli pesenamrobik, kitorang ikut bulat-bulat apa yang diorang buat kat atas pentas.

Lepas senamrobik, cikgu bagi taklimat sikit. Tunggu tunggu tunggu. Bila cikgu cakap, sekarang sudah bo... semua terus serbu! (Alahai! Tipu je lebih. Hehehe) Ada aktivitis macam bola baling, golf, bola keranjang. Buah-buahan tidak dilupakan juga ya. Ais krim Mat kool mat kool kawanku! Haha! *Banyak lagi sebenarnya -_-

Lepas rehat, ada kakak kakak UPM (Universiti Putra Malaysia) , yang datang Jumaat lepas, bagi ceramah. Sebelum ceramah, ada kakak yang comel molek [ Tak bodekk ! xP ] kenalkan diri dengan kawan-kawan dea. Sumer peramah. Akak akk tu cakap, "Sebelum mulakan ceramah, jom main permainan,' Kitorang tu apalagi, zoooom! Hahaha. Kelas kitorang buat dekat dewan. Jadi lapang sikit nak main.

Masa sebelum main tu, akk tu ada bagi penerangan macam mana nak main. Caranya, buat bulatan, dan lepas bagi membentukan bulatan separuh. Aku, Wan, Ain, Athifah, Izzati dan lain-lain sama group. Wan jadi ketua sebab diaa yang first sekali (Sebelum aku,) . Lepas tu, masuk dalam ikatan tangan. Terpusing-pusing kitorang. Hahaha! Akak tu cakap berhenti baru kita berhenti. Semuanya ceria je. x) Sambung balik ceramah....


Lepas habis ceramah, ada 3 kuiz. Aku dapat jawab kuiz yang ke-2. Aku dapat magnet piramid makanan. Akak tu tanya sebab, aku jawab, "Sebab nanti terlalu kurus," Soalan dia pulak macam ni, "Bolehkah bersenam dengan berlebihan?" Lebih kurang macam tu lah soalan dea. Betul, dapat hadiah. Main lagi permainann. Hip hip horey! Lalala. Permainannya ialah, mengelaskan makanan kepada kategori yang betul contoh, roti di bahagian bawah. Kakak tu bagi pelekat dan gambar makanan. Aku dapat dadih xP

Dann, keputusannya! Kitorang cuma salah satu je T_______T.


Bersambung lagii lah ahai!

Wahh, aku dapat menaip entri sambungan dengan mata yang sedangg mengantuk. :o Aku rasa, nanti kita sambung balik. Aku pun nak cerita jugak lagi fasal Kursus Pengawas ni. :) Selamat membaca dan goodnight! Mata aku mahunya jadi Panda [Dalam cerita novel Dear Yayah] Hehe..

Sabtu, 23 Januari 2010

Aduhai !

Assalamualaikum w.b.t,



Sambil melayan lagu tema Tasbih Cinta, aku taip sempoi entri kali ni. Aku ingat nak sambung fasal merentas desa semalam (Jumaat). Tapi hati rasa macam taknak, nak taknak kena update. terlebih serius pulak :P

Semalam, aku dah ready steady nak lumba. Pagi-pagi dah, "Takut la untuk merentas desa," Hahaa. Rileks rileks. Belum berlari lagi. Bacaan Yasin beramai-ramai dulu. ;) Lepas bacaan Yasin baru merentas desa. OPP! Belum lagi. Balik kelas, ambil kedatangan dulu. Ambil bekal & air letak dekat kantin. Baru turun bawah beratur, cikgu bagi tip keselamatan dan nasihat, barulah kitorang ready steady. Berdebar nokk!

Masa berlari, aku berjogging dulu. Dalam jogging tu adaa laa ala-ala larian skit. Haha. :P Yeap. Bila dah sampai tapak perhimpunan, eksyen dulu dekat murid lelaki... Haha. Takda laa. Lari jea. Masa tu memang skit lagi nak haus. T.T

Tempat kitorang dah tahuu sebab semalam (Khamis) buat trek merentas desaa. Semalam memang ramai yang lari daripada berjalan. Haha! Bersemangat, kata cikgu. Aku pun apalagi, tersengih laa. Aku pun ada lari skit. Jalan-jalan, lari-lari. Dah sampai, penat. x_x Siot sungguh.



Dalam perjalanan, aku lebih banyak berjalan daripada berlari. Berjalan selama 10 minit. Lari skit. Berjalan lagi, lari lagi. Penat! :

Bila dah nak sampai, aku berlarian dengan Adlina. 'Athifah dah kedepan. Dah nak sampai ke garisan penamat. Bila dah dekat dengan guru yang jaga checkpoint, aku kuatkan semangat lari. Naik bukit doe! Dah hampir sampai, cikgu suruh lari. Aku pun lari. Sampai cikgu ckp, tahun berapa. Aku ckp laa tahun 5. Cikgu bagi nombor dan terus suruh aku tulis nama. Dah tulis nama semua tu, aku masuk ke dalam. Minum airr! Tengok-tengok, 'Athifah pun adaa minum air. Merah muka dia! Haha x)

Tahun lepas aku nombor 11. Cuba teka aku tahun ni nombor apa?
Jawapan ; still 11 !


P/S: Eh, dah pukul 6:09 petang rupanya... :D