Sabtu, 26 September 2009

Suatu Pagi Di Hari Raya.

Assalamualaikum w.b.t,

POST PANJANG!:P

Ohh yaa!;)  Happy Belated Birthday Yang Ke-14 ! Siapakah gerangan tersebut?


N.U.R.U.L. B.A.L.Q.I.S

Semalam sepatutnya hari paling istimewa buat beliau.Tapi si owner ni,semalam ada open house,tak jadilaa.Hik.:p

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. =) Terima kasih atas tunjuk ajar akak selama neh. Tak sia sia akak mengajar.=p


Ubah topik!

Ramai mengadu nak baca entri aku yang edisi raya Yeekee?:p Hahaha xD Dan dengan bangganya aku merajinkan diri untuk mengupdate.Sebenarnya aku ni jeles dan rasa geram je kat diri sendiri sebab bila nak update?Minda aku kata,tunggu hari Isnin.Hehh sengalnyaa!Hahahaha :p


Malam Raya , 18 September

Aku sudah redi dengan bunga api.Ha ha ha Cuma testing testing je dulu.Aku jugakk nak tunggu dengan pengumuman raya.Lepas pengumuman raya , terus bertungkus lumus main bunga api, ubah suai rumah.Alahh.Dekat Jinjang jee.Kuala Lumpur.Mula-mula raya dekat Jinjang.Raya kedua baru raya dekat Negeri Sembilan.

Gambar baru.No no no.HP Aku rosak.Sangat kesal.MeZ nak sangat tengok aku dengan berbaju jubah coklat aku.Aku ada ambil gambar yang masa aku pakai baju T-Shirt dengan seluar jeans.Mak aku yang ambik.Woaahh.Lepas tu,suruh ayah uploadkan dekat laptop.

Raya , 20 September

Lepas solat sunat raya aidilfitri , terus ambil gambar.Mulanya pada family masing2.Lepastu, gambar adik beradik ibu.Maksudnya pak cik mak cik aku la.Lepas tu,menantu.Dan seterusnya barulah sepupu sepapat anak buah cucu ke cicit ke. Hehehe.Ambik gambar ramai ramai kita buat kenangan!

Sebelum makan,kitorang bermaaf-maafan.Aku mengagak bahawa sepupuku , Nad pastinya dia tidak akan menangis.Ngeh ngeh mencabar cabar pulak.Tapi last2 kita dapat tau,yang dia punn menangis.Lap lap air mata yang dah bertakung di kelopak mata.Ha ha ha.Eces macamlah aku tak tau yang dia tengah menangis terharuu.Aku pun turut tumpang sekaki menangis.Hal ini tidak mustahil sebab setiap tahun aku memang macam tu.Yalah kita banyak buat salah.Lepas tu kita bermaaf maafan.Tak ke haruu?
Makan makan dan menyambut tetamu yang datang.Menjamu selera.Adikku Hana,beliau memakan ayam yang besar di depan kami.Ohh sangat jeles.Ha ha ha.Aku rasa nak cubit je ayam dengan pipi dia.Keh keh.

Aku ziarah la umah sepupu sepapat aku memandangkan beberapa hari lagi aku nak balik Negeri Sembilan.Yang paling best nya, kitorang ziarah adik beradik nenek , ramai ramai ambik gambar.Macam ni baru lah gempakk.Haha.Lepas makan makan,salam salam,ambik duit raya terus balik umah Ain sebab dia 'kebocoran'.Haha.Orang yang dah datang haid tu faham2 lah.Hehehe.Balik umah teruss zoom beraya ke umah sepupu sepapat yang lain.

P/s:Masa aku nak balikk ke umah Jinjang, abah ayah nurul dan ain ada nyanyi lagu M.Nasir camni;

Suatu Hari Di Hari Raya,
Dua Hari Di Hari Raya,
Tiga Hari Di Hari Raya,
Empat Hari Di Hari Raya,
Lima Hari Di Hari Raya.

Yang Tiga Hari Di Hari Raya kitorang aku , ain , nurul dan nad sambung selepas abahh.Enjoyy.Hek.:P

Raya kedua , 21 September

Rumah terlast yang aku ziarah ialah rumah pak cik aku yang lepas kahwinn.Alahh yang aku pergi Johor hari tuu.Ngeh ngeh.Banyak betul hidangan istimewa.Ada sosej,ais krim, spagetti.Pendek kata macam2 adaa.Haha.Takde la macam2 sangat.

Lepas pegi umah pak cik kitorang,aku baliklahh ke destinasi yang berikut.Iaitu Negeri Sembilan.Sebelum ke kampung yang utama,beraya ke rumah Mak Ngah aku dan lagi satu rumah tak ingat nama siapa.Ngee.Barulah kami mendrivekan ke kampung sejati.Eceh

Malam malam, sepupu aku yang bernama Tasha,Suraya,Suhaila dan Hilmi (plus Hazim) bermain mercun.Ecess kauu ni Farah!Kata takut dengan mercun tapi main jugakk.Aparaa.Aku agak takuttakut nak main sebab nanti meletup kat tangan macamana?Aku paling takut mercun bola.Mercun bola masa meletup,akan terbentuklah lubangg.Fuh fuh nasib baik lapang.Kalau tak lapang habislahh.Meletup suda! Haha


Raya Ketiga , 22 September


Tak ramai tetamu yang datang beraya.Aku ajaklah ayah aku bawak aku ngan adik kecik aku tu jalan2 sekeliling kampung.Ohh nyaman.Walaupun panas terik,aku tetap terhibur.Hiks.:D Aku sempat ke kedai 7E  bagi membeli air kotakk.Nasib baik bukan bulan Ramadhan!Kalau tidak mampuih kangg terperangkap.Edeng!

Aku naik dengan adik aku yang lelaki pulakk.Tapii,dalam perjalanan tu,tup tup motor datuk aku rosakk.Dah la matahari dengan semangatnya memancarkan cahaya mataharinya kearah aku,adik aku dan ayah aku.Aku dengan adik aku terpaksa tolakk.Minyak ada tapi apa yang rosakk?Tu yang buat aku jadi pelik.Berkemungkinan motor tersebut sudah lama.Aku balik ke kampung halaman dengan keringat yang sudah membasahi baju.Berpeluh peluhh.Cubalah bayangkann ye kawan2.Panass lagi.Tapi syukurlahh tak ada benda yang terjadi eh apa yang diriku merepek nii?


Raya Keempat , 23 September


Pada tarikh tersebut aku mula balik ke rumah.Tapi petangg la jugak baru bertolak sebab ada jugak umah yang aku nak ziarah.Umah sape lagi iaitu umah sepupu aku yang menetap di Seremban.Aku memang terasa enjoy dekat umah sepupu aku sebabb aku banyak tau fasal diorang.Tapi hal ni sangat sangat peribadilahh sebab mana boleh tau.Eheks.Aku balik pukul 10.00 setengah malam tak silap.Yalahh solat Maghrib di sana.Berehat sebentar bersama2 dengan Kit Kat 


Dan pada hari semalam,aku menziarahi Tok Cu dan Pak Long ku di Puchong dan Klang.:) Hari ni pulakk,petang nanti pergi ke rumah Pak Lang di Nilai.Fuhh banyakkan jemputan?Tak lah rasa bosan raya tahun ni!:D

P/s: Esok rumah saya akan mengadakan open house.Silalah datang,Ha ha ha.:P

Tambahan: Cerita ni aku buat pendek pendek.Tu pun tarikh aku mana tau la betulnye.Sebab aku ni pelupa .Ha ha.:P Sebenarnya banyak lagi ceriteranya tapi yang tu jela aku mampu tulis sebab perut aku dah berbunyikk,tangan aku dah lenguh menaip.;p Haha. Dan juga maafkan segala kesilapan aku semasa menaip.Mana tau ada kaitannya ke.Manalah tau ada yang terasa ke.:)

25 ulasan:

ainnuratirah berkata...

Heyy, fara dtg johor tak ckp ek? Kalau xbole dtg umh akk, haha byk duit raya tau ;P

Farahani berkata...

Kak Ain,


Ha ha ha dah lepasss Ngeh ngeh
Haa duet raye!Post nanti farah bagi alamat umah.ha ha ciss :p

M E Z berkata...

Nanti upload gambar ek.. hehehe.. Bestnye dia beraya ngan family besar.. Jeles oo

Tanpa Nama berkata...

Hehe,mmg pnjang oo post ni..meleleh air liur abby bace..

Farahani berkata...

MeZ.


InsyaAllah.:)
Haha family besa :p

Farahani berkata...

Abby,


Haha panjangkan?
Tu nak bagi korang puas la baca.;p
Ha ha ha :p

M E Z berkata...

terlebis puas...
selamat tak terlebih kenyang. nanti gemuk lak. ish

BalqisBasri (^^,)v berkata...

Post paling panjang kot :P
Hhaaha..
Nasib baik tamat baca dengan jayanya!
Hik3..
Btw, thanx dear for the wishh!
Sangat menghargainya!

Alya berkata...

nak tergelak baca ;

suatu hari di hari raya ,
dua hari di hari raya ,
tiga hari di hari raya .....

hahaha ;p

Khalisa Zulkarnain berkata...

Entri yang boleh dijadikan karangan !!

A Plus Plus !!

Tanpa Nama berkata...

PANJANGNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!
klau buat karangan
mesti gune 5 kertas nih!;P

emilayusof berkata...

memang panjang entri ni :)

Selamat hari raya!

Farahani berkata...

MeZ.


Eishh
Mengawal pemakanan
HA HA

Farahani berkata...

Kak Balqis,


Memang terpanjang.
Termasuk dalam book records :p
Okeyy
Terima kasih kerana menghargainya!xD

Farahani berkata...

Kak Alya,


Haha gelak gelak ;p
Best betul nyanyi lagu tu.:p
Sampai habes HA HA

Farahani berkata...

Kak Lisa,



Haha xD Memang boleh dijadikan karangan

Yayy A ++ ;P

Farahani berkata...

Nabilah,


Haha satu perenggan satu kertas :p

Farahani berkata...

Kak Emi

Agaga Terpanjang ek?:p
Haha

Selamat Hari Raya jugakk! ;)

Tanpa Nama berkata...

Awak ni suka mengampu lah.

Farahani berkata...

Tanpa Nama,


Hoh?Suka mengampu?Sape ni?

Tanpa Nama berkata...

:]

Farahani berkata...

Haa sape ni?
Lisa kan?

Tanpa Nama berkata...

Lisa? who? saya x kenal dia okek..

Tanpa Nama berkata...

Apa2-pun, selamat hari raya maaf zahir batin.


Maafkan saya kerana terkasar bahasa yaa.. (*__*)

Farahani berkata...

Tanpa Nama,



Haha ohh orang lain upanya :)
Sama la kita.Selamat Hari Raya jugakk ;)

Takpe.Saya pun macam tu.Tersilap bahasa.:D